Jauh di sebuah kelas, terdapat pelbagai ragam yang dapat diperhatikan. Ada yang khusyuk dengan penerangan guru, ada yang sudah selamat ke alam mimpi dan.. ada juga yang khusyuk dengan perbualan kosong."Pst..Kau da bagi ke coklat tuh?"
Mimi cuba berbisik dengan gadis di sebelahnya. Alang - alang Miss Hannah masih leka menulis di hadapan kelas. Ambil kesempatan la katakan."Al-"
Gadis disebelahnya masih fokus dengan penerangan guru di hadapan kelas. Tekun menyalin segala nota yang baru ditulis.
"Al-"
Mimi cuba mencari perhatian daripada kawan karibnya itu dengan meninggikan sedikit suara. Sikit je.
"Alyana Alyna!"
Alyana tersentak lalu menoleh pada Mimi. Berkerut dahi gadis itu tatkala melihat wajah cemberut rakannya.
"Nape Mimi? Terkejut aku.."
Alyana mengurut dadanya perlahan."Aku tanya..Kau da bagi ke coklat tadi kat mamat tuh?"
Alyana cuba memproses soalan Mimi pada masa sama cuba memberi tumpuan pada pelajaran.
"Sape? Syaziq?"
Tekanya tanpa berselindung."Ishh..Jangan sebut kuat - kuat .."
Mimi nampaknya takut jika rahsianya terbongkar. Maklumlah dia dah lama simpan perasaan kat senior dia yg tergolong dalam kumpulan 'pophot' itu.
Pophot merupakan singkatan untuk Popular dan Hot yg direka oleh budak-budak perempuan yg sememangnya tiada kerja.
"Mm..jangan risau..Aku da letak bawah meja dia"
Katanya dengan nada malas. Pandangan terus beralih pada papan putih."Woah! Thanks Al! Lap uu"
Mimi memang gemar menggunakan bahasa makhluk asing seperti "Lap uu" tadi."By the way, camne kau masuk kelas die eh? Takkan takde org?"
Sekali lagi gadis bermata bundar itu menyoal."Aku masuk la waktu rehat..yang kau tiba - tiba tanya nih kenapa ? Da 3 bulan kot aku wat keje 'tak bergaji' kau nih.."
Alyana hanya menjawab soalan tak berbayar kawannya itu."Hehe..saje..rase curious lak"
Alyana tak mengendahkan gadis 158 cm itu sebaliknya terus memberi tumpuan pada guru. Maklumlah dah masak dengab perangai Mimi.
Ya. Dia da lama lakukan kerja tak berfaedah tuh sejak 3 bulan yg lalu.
Kerja apa? Dia telah menjadi 'posmen tak berbayar' untuk kawannya, Nur Syamimi."Sedia berkhidmat,sangat berdisiplin,Insya-Allah tak kantoi."
Itulah tagline yang selalu digunakan Alyana tiap kali jalankan tugasnya.Antara barang-barang yg telah diposnya sejak 3 bulan yg lalu? Banyaaaaaaaaaaaaaaak! Tak terkira!
• Bunga mawar merah disertakan ucapan 'I Love you'
•Cupcake Red Velvet air tangan Mimi
•Teddy bear kecil yg memegang bentuk hati
•Biskut Chocolate Chip Cookies keluaran edisi terhad
YOU ARE READING
EGO
Teen Fiction"Walau apa pun yang jadi, aku nak kau stay." Arahannya bagai dibiarkan tergantung sepi. "Stay? Sate ? Apa awak merepek ni?" Aku kebingungan seolah baru saja mengenali dia beberapa hari yang lalu. "Stay. Stay dalam hati aku, Alyana Alyna." ■□■ Zayyad...