Alyana melipat sejadah seusai menunaikan solat isyak sendirian di bilik tidurnya. Gadis berambut keriting itu bangkit lalu menuju ke meja belajar. Sepucuk surat yang diberi Syaziq pagi tadi dibuka seperti yang dijanjikan.
Ya. Mahkluk tak bertamadun tu bagi aku surat pagi tadi waktu kelas matematik. Sempat gak dia pesan jangan buka selagi belum solat isyak. Haram punya Syaziq. Entah mantera apa yang dikirimnya pun aku tak tau. Harap-haraplah jawapan paper fizik ke takpun kertas periksa biologi yang akan diadakan minggu hadapan.
Kepada Alyana yang selalu bersinar,
Aku tulis surat ni sebab malas nak bebel pepanjang pagi tadi. Okay. Bukan malas tapi tak sempat. Pukul 8 aku and calon-calon yang lain dah kena gerak pi kem kepimpinan and yea, sepanjang proses pilihanraya aku takkan ada. Habis je kem ni, habis lah pilihanraya.. pastu nama yang terpilih. Ok balik ke topik asal.. aku just nak mintak kau doakan aku sepanjang aku berkulat kat kem nanti. Bukan apa doa 'kawan' tu kan penting. Ye kan? Ye kan?? Oh lagi satu, kalau nama aku disebut as KPS, aku nak kau stay belakang dewan boleh? Okay nampaknya masa mencemburui aku.. chewaaaaahhh.. skema sial ayat aku. Apapun good luck mid year exam. Jangan lupa study and ingat aku dalam hati. K bye!
Xoxo - Syaziq
Pipiku semakin merah. Selesai saja membaca surat, tanganku terus menekup wajah yang semakin kemerahan. " Syaaaaaaziq!!!!!! "
.
.
.
Seminggu telahpun berlalu dan pilihanraya telahpun tamat. Kini tibalah saat yang dinantikan para pelajar dan warga SMK Indera Dewa.. tak lain tak bukan pelantikan ketua pengawas sekolah dan beberapa ahli jawatankuasa yang masih kosong. Syaziq? Puas aku tinggikan leher, tak nampak langsung muka dia daripada tadi. Jangan kata muka, batang hidung dia pun takde. Adoi.. kemanakah kau wahai anak lelaki Hilman?
Aku menenangkan diri selepas majlis bacaan doa berlangsung disusuli ucapan daripada pengetua, guru displin dan guru yang berkaitan. Adoiii.. cepatlah. Aku cuma nak tau nama sape yang akan disebut nih. Buang taik telinga je dengar ucapan cikgu ni.. Balik-balik pasal akademik, balik-balik pasal kokurikulum. Haish..
Sedang mataku sibuk memerhati para pelajar yang duduk menghadap pentas, mataku terkunci pada seorang lelaki yang kemas berkemeja ungu. Siapa lagi? Idola kesayanganku la.. huehuehue.. Aku melambai seraya tersenyum manis padanya sebaik saja mata kami bersua namun dia tidak membalas sebaliknya menoleh menghadap pentas kembali. Cish. Sombong. Zayyad ni makin tua makin sombong. Aku picit mata tu karang. Tak habis-habis jeling je kerjanya. Cuba senyum sikit. Hmmph. Lantaklah.
" Baiklah. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Dengan undian sebanyak 581 daripada 698. Ketua pengawas sekolah bakal disandang oleh.. " Cikgu Julia menghentikan kata. Seisi dewan tiba-tiba senyap. Seakan malaikat maut melintas mahu mencabut nyawa mereka yang bersuara. Mataku semakin membulat, gigiku diketap tanda tidak sabar untuk mendengar nama itu. Ya. Nama itu. Tolonglah!
" Syaziq Airul Bin Hilman! " Seisi dewan mula kecoh dan bising seakan malaikat maut telahpun berlalu pergi tanpa mencabut nyawa sesiapa sebaliknya mencabut harapan yang tersemat dalam setiap hati para pelajar. Ya. Aku tahu.. setiap daripada mereka pasti ada harapan dan orang yang mereka sokong sendiri. Ah! Yang pasti Syaziq terpilih!
Syaziq kelihatan tenang apabila muncul diatas pentas bersama baju jersey hijau yang membaluti tubuhnya dan kasut nike hitam yang sedikit berlumpur tersarung pada kakinya. Nampak sangat baru balik kem nih. Aku tersenyum sendirian sebelum bangun dari kerusi yang tersusun rapi. Nak ke mana? Belakang stage ler kak oiii.. lupa ke surat aritu?
ANDA SEDANG MEMBACA
EGO
Teen Fiction"Walau apa pun yang jadi, aku nak kau stay." Arahannya bagai dibiarkan tergantung sepi. "Stay? Sate ? Apa awak merepek ni?" Aku kebingungan seolah baru saja mengenali dia beberapa hari yang lalu. "Stay. Stay dalam hati aku, Alyana Alyna." ■□■ Zayyad...
