Dua Puluh Tiga

409 33 0
                                    

What would you say If we were alone, would you look my way?

-If we were alone. Kap Slap-


Aku masih terkenangkan peristiwa tadi. Peristiwa yang membuat dirinya tertanya-tertanya. Perkara itu berlaku ketika perjalanan pulang ke rumah.

F■L■A■S■B■A■C■K

Alyana mengambil tempat berdekatan tingkap di dalam bas. Boleh usha pemandangan katanya. Takde la bosan sangat nanti. Mata gadis itu masih ralit memerhati suasana di luar tingkap hingga tak sedar kehadiran seseorang di sebelahnya.

...

Mahkluk itu menempatkan beg yang digalas di atas lantai. Nampaknya mahkluk ini pun malas mahu bertegur dengan jirannya.

?
Ada orang ke sebelah aku?

Alyana mengalihkan pandangan pada mahkluk tersebut. Hampir terkeluar biji matanya.

Urghh..
Kenapa dia kat sini?
Punya la banyak seat..sini juga kau duduk..

Malunya..

Wajah Zayyad diperhati lama. Mata lelaki itu tertutup. Tidur mungkin? Mimpi apa la tu..Mimpi aku kot..Hehe..

Alyana menggelengkan kepalanya.

Ish! Jangan merepek Al!

Cantik bulu mata. Nak pinjam boleh?
Kening pun kemas. Rasa nak sentuh..
Bibir pun merah delima gitu. Nak..urghh.

Alyana!!

Jangan..!

Gadis itu terbayang perkara yang bukan-bukan. Mengarut! Sangat karut!

Bibir dia..cam berdarah..
Zayyad. Apa lagi awak buat ni?

Bibir Zayyad disentuh perlahan. Entah dari mana datangnya keberanian tersebut. Alyana hanya mahu lelaki itu selamat.

"Best sangat ke muka aku ni? Kau ni mesti tak pernah tengok manusia kan batu?"
Ujar Zayyad secara tiba-tiba.

Mak!
Terkejut aku!

"Ish awak ni..bagi la salam dulu. Main sergah je.."
Alyana mengurut dadanya perlahan.

"Kau yang main sentuh muka aku boleh pula? Tak nak minta kebenaran dulu?"
Zayyad tersenyum sinis.

Lelaki itu memeluk tubuhnya.

Alyana mengalihkan pandangan pada pemandangan di luar tingkap.

Malu!

Kantoi punya pasal!

"Mm..mm..comel nya pokok tu.."
Alyana menukar topik.

"Tu tiang bukan pokok. Mata kau ada masalah ea?"
Zayyad membetulkan.

Hisy! Sibuk je.

EGOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang