Lasagna 4 layer.
ALYANA hanya melihat makanan yang terhidang di hadapannya.
Tiada selera nak mencuba atau menyentuh.
"Nape tengok je Alyna? Jamah la sikit. Makanan kegemaran kamu kan?"
Ujar Mak Bedah.Hari ini.
Papa balik lambat.
Jadi tinggal aku ngan Mak Bedah je kat rumah nih.Gelas yang berisi air ribena berais aku teguk sedikit.
Aku terasa nak masuk bilik terus.
"Alyna. Makan la sikit. Nanti kamu sakit. Sesuap pun jadi ya?"
Mak Bedah memujuk ku.Aku menggelengkan kepala.
Banyaknya drama kat sekolah tadi.
Dengan Syaziq yang aku lempang semalam.
Mimi yang tak pedulikan aku.
Satu sekolah macam kecam aku
dan
Zayyad yang menghilang cam asap.Drip.
Drip.
Drip.Beberapa butir air mata gugur dari tubir mata Alyana.
"Ya Allah Alyna, kamu sakit ke sayang?"
Mak Bedah memelukku.Aku hanya menggelengkan kepala.
Sakitnya hati ini.
Tergores dengan kata kata kau.
Hampir pecah berderai mendengar gelak tawa kau.Aku memejamkan mata ku.
Cuba melupakan peristiwa pahit tadi...
.
.Mak Bedah meleraikan pelukan.
"Kamu ada masalah ke Alyna? Ceritalah dengan mak. Mak nak dengar"Pada mulanya aku tak nak tapi bila didesak.
Aku pun membuka cerita.
"Ya Allah Alyna. Sampai hati dorang buat kamu macam tuh. Alyna tabah ya sayang. Alyna kuat. Alyna mampu lawan dorang!"
Mak Bedah memberi kata-kata semangat."Terima kasih Mak. Alyna sayang mak."
Aku sekali lagi memeluk Mak Bedah."Mak pun sayangkan kamu."
■■■
Alyana memandang refleksinya di cermin.
Alhamdulillah. Keadaannya lebih tenang selepas meluahkan isi hati pada Mak Bedah.Dia sangat sayangkan Mak Bedah sebagai ibunya sejak kematian insan yang telah melahirkannya.
Ya. Mamanya telah meninggal setahun yang lalu.
Dulu Alyana ada tempat untuk mengadu perasaan.
Kini tempat itu hilang sekelip mata.
Dia terpaksa memendamnya agar tidak menyusahkan pihak lain.Di rumah, dia masih ada papa dan Mak Bedah.
Di sekolah, dia tidak mempunyai sesiapa untuk berkongsi cerita.
Tiada Mimi, tiada kawan.Alyana rasa menyesal kerana memperlekehkan Syaziq.
Tapi dia takkan sesekali minta maaf terhadap perbuatannya itu.
Baginya Syaziq sangat melampau.
Berani dia menganggap Zayyad sebagai anjing?
Zayyad ialah hero Alyana!
Zayyad bukan anjing!
Zayyad ialah Zayyad!

ANDA SEDANG MEMBACA
EGO
Teen Fiction"Walau apa pun yang jadi, aku nak kau stay." Arahannya bagai dibiarkan tergantung sepi. "Stay? Sate ? Apa awak merepek ni?" Aku kebingungan seolah baru saja mengenali dia beberapa hari yang lalu. "Stay. Stay dalam hati aku, Alyana Alyna." ■□■ Zayyad...