ALYANA tersadung ketika berlari dari mahkluk tersebut.Auch!
Aduh. Bangun la Al! Urghh sakit gila!
Darah mengalir dari lutut kirinya. Kulit lututnya sedikit terkoyak. Alyana cuba bangkit dari tempat tersadungnya. Malangnya, kesakitan mengatasi semangat kebangkitannya.
Arghhh.
Patut ke aku pandang belakang? Urghh. Takde..Alhamdulillah.
Alyana cuba bangun untuk kali ke 5. Terasa uratnya mencucuk-cucuk kulitnya. Gadis itu terasa ingin menumpahkan perasaannya ketika ini.
Dahi berkerut. Peluh asyik mengalir. Begitu juga darah di lutut.
Kan bagus kalau aku tak join kem ni. Bukannya Mimi ada ngan aku pun. Zayyad apatah lagi. Dia cuma ikut kepala dia je.
Tak. Al..jangan salahkan dorang. Ni semua salah aku. Aku yang buat keputusan sendiri.
Jangan..menangis..Al.
Kau kuat!...
...Alyana terasa tangan menyapa bahunya.
?!
Gadis itu menoleh ke arah mahkluk yang menyentuhnya secara perlahan.
...
...Rambut panjang mengurai..
Sinaran cahaya hampir menyilaukan mataku....
"OPOCOT RAMBUT KAU MELETUP!!"
Alyana menjerit lantas meronta-ronta apabila mahkluk itu cuba memegang bahunya.
Wajah Alyana didongakkan.
"Batu. Ni aku."
Suara itu menikam kalbuku.Nafas Alyana tidak teratur.
"Za..Zayyad..."
Alyana hampir mengalirkan air mata.Heronya itu sampai tepat pada masanya. Hampir sahaja jantung Alyana gugur kerana mahkluk tersebut.
Lelaki berkasut Air Jordan berwarna merah itu cuba menenangkan Alyana dengan memeluknya.
Alyana seperti rela diperlakukan sebegitu. Entah apa yang merasuknya ketika itu.
Air mata terus jatuh dari tubir matanya.
Pelukan semakin dieratkan. Alyana membalas pelukan yang dikemaskan Zayyad.
Lelaki itu mengusap kepala gadis itu perlahan lantas membisikkan sesuatu yang sukar difahami Alyana.
...
..■■■
"Terima kasih...Saya..mm"
Alyana menekur rumput-rumput yang panjang.Malu pulak rasanya.
"Kau ni selalu cedera kan batu?"
Zayyad memerhati seluar ku yang berdarah.

ANDA SEDANG MEMBACA
EGO
Fiksi Remaja"Walau apa pun yang jadi, aku nak kau stay." Arahannya bagai dibiarkan tergantung sepi. "Stay? Sate ? Apa awak merepek ni?" Aku kebingungan seolah baru saja mengenali dia beberapa hari yang lalu. "Stay. Stay dalam hati aku, Alyana Alyna." ■□■ Zayyad...