Sebelas

385 36 4
                                    

...

ALYANA memerhati keadaan perpustakaan sekolah.
Bukan dia tak pernah ke situ cuma dia sedang menunggu seseorang.

Mana dia nih?
Alyana berharap heronya itu akan datang dan mengajarnya.

Dah pukul 2:35 petang.

Kebanyakan pelajar yang terlibat dah muncul.
Cikgu pun da mula bagi arahan.

Zayyad.
Mana awak?

Hanya Alyana saja yang duduk bersendirian di sebuah meja yang disediakan pihak sekolah.

Takpelah.
Mungkin dia ada hal lain?
Lagipun cikgu dah maklumkan dia sebelum nih.
Takpun dia terlupa.

Alyana cuba menjawab hand out yang diberi guru.
Sepatutnya dia jawab bersama mentornya tapi..
Biarlah.

..
..
...

Kreeek

Kerusi di hadapannya seperti ditarik seseorang.

Alyana yang terlalu fokus masih tidak sedar akan kehadiran seseorang mahkluk di depannya.

"Nih ke soalan nya?"
Zayyad mengambil kertas yang berada di tangan Alyana.

Lebih tepat lagi merampas.

Alyana tersentak.
Dia datang.

"Nape awak datang lambat?"
Soal Alyana.

Mata Zayyad masih melekat di kertas tersebut.

"Jawab nih sampai habis. Baru aku jawab soalan kau."
Arah Zayyad.

...
...
...

Alyana cuba memahami soalan terakhir itu namun dia gagal.

Patut ke aku tanya dia?

Tapi dia tengah sibuk jawab soalan lain jugak.

Alyana memerhati wajah heronya yang duduk bertentangan dengannya.

Kenapa tepi bibir dia cam berdarah?
Kenapa dia datang lambat?
Dia kene belasah ke
Dia yang belasah orang?

"Kalau ya pun nak usha muka aku,siapkan kertas tuh dulu."
Kata Zayyad .

Alyana terus mengalihkan pandangannya pada kertas yang diberi.

Ish.
Tengok da terkantoi.
Malu.
Mana nak sorok muka nih?


"Mmm..Zayyad."

..
..

Dia dengar tak ni?

"Kau da siap ke batu?"
Tanya Zayyad.

"Ta..tak. Saya tak faham soalan akhir ni"
Alyana akhirnya berterus terang.


■■■

"Baiklah murid-murid,kamu boleh balik. Terima kasih kerana memberi kerjasama. Jangan lupa untuk next class kay?"
Ujar Ms Hannah

EGOWhere stories live. Discover now