■■■
Selepas mempersembahkan lakonan hambar di atas pentas, Alyana terus menghampiri hero malayanya.
Gadis itu ingin meminta maaf pada Zayyad sebelum keadaan menjadi lebih keruh.
Zayyad sedang asyik membetulkan tali gitar.
Mungkin kepunyaannya."Mmm..hai."
Zayyad masih memetik tali gitar tersebut tanpa membalas apa-apa.
Dia masih marah ke?
Takkan sebab aku tak bergrup ngan dia?"Za.."
Alyana baru ingin bersuara tapi dipotong oleh Syila dan kawan-kawan Zayyad.
"Zay. Jom..Lepas nih giliran kita pula..Hey U buat apa kat sini? U dah habis show kan?"
Soal Syila yang perasan akan kehadiran Alyana.Ah..
Memang la tapi.."Ya. Saya dah habis da tadi. Saya cuma.."
Alyana cuba meluahkan rasanya."Oh? Dah habis? Rasanya U boleh rehat kat luar kot? Jadi penonton kay? Zay jom.."
Syila menarik lengan Zayyad untuk mengikutnya."Za..Zayyad kejap!"
Gadis itu cuba menahan kepergian heronya.
Zayyad menoleh ke arah Alyana.
"Asal?"
Suara dinginnya menerpa ku.Takde panggilan batu?
Ya. Aku memang tak suka tapi.."Mm..sa..sa.."
Alyana bermain jari-jemarinya.
Pandangan dialihkan pada lantai berkarpet biru."Ish..cepatla! Buang masa kitorang tau tak? Dah la Zay..Jom.."
Syila bagai cacing kepanasan.
Tak sabar untuk meninggalkan Alyana.
Baginya gadis itu cuma perampas kebahagiaan dia dan Zayyad.Syila dan Zayyad meninggalkan Alyana yang masih tercegat.
Perasaan malu menyelubung dirinya.
Kenapa.
Kenapa aku takde keyakinan?
Cakap 'sorry' pun susah. Camne nak confess pulak?Urghh.
Sejak bila aku suka dia? Mana ada! Dia..cuma..hero aku je....
...Alyana berjalan mundar mandir di tapak berkumpul tersebut.
Kebanyakannya berjalan untuk membeli makanan dan barangan yang dijual.Pukul 5 petang nanti kene berkumpul kat sini balik.
Alyana duduk bersila di atas lantai batu. Novel seram diletakkan di pangkuan untuk dibaca.
Gadis itu tiada selera untuk makan. Inilah perangainya jika hatinya berasa resah. Takkan makan walaupun secubit.
"Oit."
Seseorang bersila di sebelahnya.?
Dia lagi.
"Kau buat apa sini sensorang? Tak lapar ke? Semua tengah rehat tho."
Syaziq membuka bungkusan roti coklat.Alyana masih menatap muka bukunya. Tapi mindanya sedang menerawang entah ke mana.
"Hoho..apa ni? Tak habis lagi baca cerita matang ni?"
Syaziq tersengih."Mm..mana ada! Ni cerita seram la bukan cerita matang. Awak selalu merepek."
Alyana menunjukkan muka depan novel seramnya.Syaziq mengambil buku tersebut lalu memeriksa muka surat lain.
"Ni apa? Untuk pembaca matang. Hek eleh. Agak-agak le nak tipu aku. Buku camni belambak kat rumah aku."
Kata Syaziq."Isy. Tak semestinya matang tuh bermaksud.."
Urghh.
Aku nak jawab apa ek..yang bende alah tuh?"Haaa..apa-apa? Ada apa?"
Syaziq tersengih seraya menjongketkan keningnya.Alyana mula gelisah. Jantungnya berdegup kencang. Malu terasa di hati.
Urghh.
Ya. Dialah seorang gadis yang asyik malu dengan sesuatu keadaan. Itulah kelebihannya,malu.
Syaziq merapatkan jarak wajahnya dengan gadis yang sedang menahan malu itu.
Bau rambut Syaziq dapat dihiduku.
Wanginya.Isy.
Dia ni dah kenapa nak duk dekat-dekat?"Tak semestinya bermaksud...ah..ah tuh kan?"
Syaziq mendesah di cuping telinga Alyana.Gadis itu terkejut dan mengalihkan pandangan pada Syaziq.
Jarak mereka hanya beberapa inci sahaja.
( ///// )
Alyana menolak tubuh lelaki yang berbaju jersey hijau itu supaya berundur ke belakang.
Malangnya. Tubuh Syaziq langsung tak berganjak walau seinci.
"Ishhh...Tepila. Sibuk la awak ni. Perangai tak senonoh. Otak kuning. Hati oren!"
Alyana menolak-nolak tubuh Syaziq."Hahaah! Ada ke hati oren? Lawak sia kau ni. Kalau otak aku kuning, otak kau lak apa? Biru?"
Syaziq mengusik gadis bershawl coklat itu.Dari jauh, mereka tak ubah seperti pasangan dungu yang bermanja-manja.
Hakikatnya, Allah sahaja yang tahu."Tengok minah ni guys...Tak cukup menggedik ngan Zayyad. Sibuk pula ngan Syaziq."
Syila dan geng the gojes mengutuk Alyana dari jauh.Urghh.
Aku dengar la. Ingat aku pekak ke?Alyana muram. Tangannya penat menolak Syaziq. Gadis itu akhirnya berganjak ke tepi.
"Hei..Kau merajuk ke? Hek eleh. Takkan usik sikit da koyak?"
Syaziq menguyah rotinya.Alyana menggelengkan kepalanya.
"Kau nak sikit? Gigit je bahagian nih."
Syaziq menawarkan rotinya."See?Minah tu memang jalang ke apa? Tak habis-habis nak mintak simpati orang? Murahan."
Alyana bingkas bangun lalu menuju ke tandas.
Syaziq terkesima dengan gadis yang berlalu pergi tanpa sepatah kata.
"Al! Sorry laaaaaa! Alyana!"
Syaziq cuba memanggilnya namun sia-sia.
Gadis itu langsung tak menoleh.Good job Syaz. Sekarang dia da blah. Kau suka kan kacau dia? Bengong.
Bisik hati Syaziq.
YOU ARE READING
EGO
Teen Fiction"Walau apa pun yang jadi, aku nak kau stay." Arahannya bagai dibiarkan tergantung sepi. "Stay? Sate ? Apa awak merepek ni?" Aku kebingungan seolah baru saja mengenali dia beberapa hari yang lalu. "Stay. Stay dalam hati aku, Alyana Alyna." ■□■ Zayyad...