● Dua Puluh ●

396 33 0
                                    


Apa kurangnya aku di dalam hidupmu hingga kau curangi aku?

Asal kau bahagia, Armada Band.

■■■

"Auuuch! Perlahan la..sikit Zayyad. Sa..sakit."
Pinta Alyana sebaik sahaja kapas menyentuh permukaan lututnya.

"Tahan la sikit. Kata batu."
Zayyad menyambung kerjanya yang terganggu tadi.

Mereka berada di bilik khas yang disediakan untuk rawatan. Entah bagaimana Zayyad pula yang mengambil alih tugas merawat.

Alyana hanya mengadu kesakitan dari tadi. Lebam di merata tempat. Sakit tadi terasa apabila terkena kapas yang meresap ubat.

"Batu pun sakit juga..mm.."
Alyana hanya memerhati perlakuan heronya itu.

Wajah tiada jerawat itu menjadi sasaran matanya.

(〃‿〃✿)

Handsomenya.

"Seronok sangat ke stalk muka aku?"
Zayyad menyoal.

Kantoi!

Adoi.

"Ma..manada..sape stalk awak? Pe..perasan!"
Alyana mencebik.

Terasa malu melekat di hati. Tak berani rasanya melihat Zayyad.

Lelaki itu masih membalut kaki Alyana.

"Sapa yang buat kau cam ni?"

Soalan tu lagi.
Alyana naik muak mendengarnya. Bukan tidak suka tapi..entahlah.

Zayyad mengalihkan pandangan pada wajah Alyana yang masih runsing.

"Kan..saya dah kata...takde.."

"Kau kene buli kan?"
Zayyad mengajukan soalan KBAT tahun lepas.

Terbeliak mata Alyana. Tak mungkin la Zayyad tahu. Dia cuba menutup rahsia tersebut malah dia sendiri yang menafikannya.

"Tak...tak ada lah. Awak salah.."

Sekali lagi. Ayatnya dipotong.

"Salah faham? I was quiet but I was not blind."
Zayyad tersenyum sinis.

Lelaki itu bangun dari kerusi kayu tersebut lalu meninggalkan Alyana bersendirian.

...

Zayyad.
Aku tak bermaksud pun nak menipu. Urghh. Apa aku buat ni?

Alyana tertunduk memandang balutan kakinya.

Dia seorang je yang tolong kau. Dari dulu lagi. Dia je yang ada waktu kau susah. Sekarang kau tipu dia hidup-hidup? Apa ni Al?

Alyana menekup mukanya.

...

■■■

EGOWhere stories live. Discover now