"Walau apa pun yang jadi, aku nak kau stay."
Arahannya bagai dibiarkan tergantung sepi.
"Stay? Sate ? Apa awak merepek ni?"
Aku kebingungan seolah baru saja mengenali dia beberapa hari yang lalu.
"Stay. Stay dalam hati aku, Alyana Alyna."
■□■
Zayyad...
Katanya mata penamu tak mencoret solusi , Kata magismu takkan mampu cetus revolusi.
-Pejamkan mata , Malique & Dayang NurFaizah-
■■■
Satu sepakan padu singgah pada lelaki yang terlantar di atas jalan tar tersebut.
"Arghh!" Lelaki separuh umur itu mengadu kesakitan.
Darah mulai terpancut dari mulutnya.
Jiwaku menggigil setelah melihat situasi di hadapan mata ini. Ya Allah. Apa patut aku buat?
Hati ini meronta mahu lari. Mata masih setia menyaksi. Otakku seakan mati.
Urghh.
Aku..patut..pergi.. Aku hanya pelajar 16 tahun yang tak tau apa-apa pasal pukul2.
Alyana berundur beberapa langkah.
Prak
Tanpa disangka, batu kecil yang dipijaknya menghasilkan bunyi yang cukup menggegarkan nalurinya.
Oh No! No..no..no..
"Woi! Kau sape ha?!" Jerit salah seorang pemukul.
Alyana tersentak lalu terus melarikan diri selaju yang mampu.
Langkahnya dilajukan sebaik sahaja jalan keluar dijumpainya.
Tap..tap..tap..
Dia..dia kejar aku ke?
Tolongla kata tak.
Patut ke aku toleh?
Gadis itu menggelengkan kepala lantas mempercepatkan langkah. Apsal kaki aku lembap sangat hari ni? Derapan kasut dari belakangku kedengaran lebih dekat.
La..lajunya mahkluk belakang ni!
Mungkin Alyana berjaya melepaskan dirinya dari laluan gelap tersebut tapi dia tidak berjaya melepaskan dirinya dari 'mahkluk' yang mengejarnya tadi.
!
Tangan Alyana direntap kasar oleh mahkluk tersebut. Gadis itu terdorong masuk ke dalam lorong gelap tadi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tiada cahaya yang membias ketakutan maha jelas pada wajahnya. Lututnya menggeletar. Jiwanya resah.
"A..apa awak nak ha? Sa..saya taa..ak nampak pape pun! Su..sumpah!" Gadis itu mengangkat tangannya.