Dua puluh enam

438 36 0
                                    

Alyana bagaikan cacing kepanasan. Kakinya terasa kebas, sinaran cahaya matahari mencucuk kulit mulusnya.

Urghh. Waktu berhimpun ni gak la kau nak muncul kan matahari? Semalam elok je redup..tup tup petang ni rasa terbakar gila.

"Keputusan peperiksaan akan ditampal pada board akademik. Kamu semua digalakkan untuk...."
Kata-kata cikgu bagai terapung tanpa hala tuju.

Badan aku pun da lemah longlai ni. Kenapa la tak bagi kitorang duduk? Konon sekejap. Dah berjam-jam aku rasa. Yang len pun cam da nak nazak aku nengok. Sekali angin tiup, semua orang jatuh bersepah.

Kepala mengangguk tanda faham tapi minda menerawang hilang. Cepat lah habis wahai perhimpunan.

"Baiklah pelajar...."

Yes!
Itu tandanya da nak habis!
Alhamdulillah. Bole la aku sambung meniarap kat rumah nanti.

"Seperti yang kamu semua tahu, Naim Asyraf telah pindah dari sekolah kita beberapa hari yang lalu.."

Pulak. Ingatkan da nak tamat. Sekali nama Naim pulak yang dipetik. By the way Naim ni sape? Da pindah sekolah pun nak kecoh ke?

"Kamu semua juga tahu bahawa dia menggalas jawatan ketua pengawas sekolah kita..."

Oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooh. Patut le cam penah dengar nama dia ni. Rupanya gitu. Selama 4 tahun aku hidup kat sekolah ni aku tak pernah tau pun dia wujud ke tidok. Sedih kan? Huhu.

"Jadi..kempen pemilihan akan diadakan minggu depan. Senarai calon telah pun ditampal pada sekitar papan OPS*. Cikgu harap.."

*Organisasi Pengawas Sekolah

La. Itu je? Aku ingat kan krisis negara mana yang nak dibentangkan. Sekali pasal pengawas sekolah. Cish. Buang taik telinga aku je dengar.

....

■■■


Alyana cuba memejam mata sementara guru tiada di kelas. Bunyi bising kelas tidak sesekali menganggu sesi beradunya.

"Kau nak pilih sape nanti Lily? Aku rasa nak vote Kamal la."

Telingaku menangkap perbualan tak berfaedah mereka.

Urgh.

Tak habis lagi ke pasal ni?

Alyana cuba mengosongkan fikiran. Buang masa je pikir pasal pemilihan tu. Bukannya ada Zayyad pun.

Alyana terus membuka matanya lalu menggelengkan kepala.

Aku ni dah kenapa?

Ish.

"Wat pe vote kamal? Syaziq lagi layak lah. Dia lagi berkarisma tau."
Kata salah seorang rakan kelas ku.

Dahiku mula berkerut. Cuba menghadam maklumat yang baru diterima.

Syaziq? Tercalon? Biar betik?

EGOWhere stories live. Discover now