Visit

158 35 6
                                    

"Selamat tengah hari, oppa. Kitorang datang ni" sapa Lisa. Jennie meletakkan sebakul buah-buahan di atas meja.

"Oppa macam mana? Feeling better?" soal Rose.

"Oppa baik-baik saja. Makin sihat. Lagi 2 atau 3 hari, dah boleh keluar. Jisoo tak datang?" apabila nama Jisoo disebut, mereka bertiga menundukkan kepala. Jennie cuba mengubah topik.

"Oppa nak buah? Jen kupaskan. Oppa nak buah apa?"

"Kupas saja apa-apa pun, kalau Jin hyung tak nak makan, saya kan ada" sampuk Namjoon sambil mengenyit mata pada Jennie.

"Ish, awak ni" Jennie menampar manja bahu Namjoon. Memerah mukanya dek gurauan manja Namjoon.

Jin yang melihat adegan itu hanya mampu tersenyum kelat. Kini, tiada apa yang dia harapkan. Hidupnya akan berakhir tidak lama lagi. Cuma satu sahaja harapannya. Jisoo mengucapkan kata-kata indah buatnya walaupun tidak ikhlas.












Aku cemburu dengan Namjoon. Agaknya, bilalah aku dapat rasa belaian Jisoo? Mungkin bila roh aku dah terpisah dari jasad pun, aku tak dapat rasa sentuhan kasih sayang dia -Jin-

The Regret of Heartless 무정한 후회 💜KSJ X KJS 💜 •ft. Blackpink•✔️Where stories live. Discover now