Waktu rehat telah tiba. Jin mula mengatur langkah menuju ke kafeteria. Bukan untuk membeli makanan buat dirinya. Tetapi, untuk buah hati yang tak sudi.
"Ahjumma bagi saya ramen satu, jus oren satu" peniaga tersebut menghulurkan pesanan Jin. Jin membayar lalu beredar tanpa mengambil baki wangnya. Perasaan rindu lebih penting berbanding baki tak seberapa itu.
Jin melangkah ke bilik kuliah Jisoo. Jisoo dan 3 rakannya masih berkemas. Jin terus menapak masuk ke bilik tersebut.
"Annyeong, Jisoo-ah. Oppa ada bawa ramen dengan jus oren untuk Jisoo. Ambiklah" Jin menghulurkan makanan tersebut kepada Jisoo.
Jisoo menyambut huluran Jin kerana merasakan dirinya diperhatikan oleh Jennie, Rose dan Lisa.
'Aku buat semua ni untuk jaga hati kawan-kawan aku. Sampai mati pun, aku tak nak berkawan dengan kau. Dasar sampah' getus hati Jisoo.
"Gomawo" ucap Jisoo sepatah lalu beredar meninggalkan bilik kuliahnya. Tuhan saja yang tahu betapa berbunganya hati seorang Kim Seokjin.
Nikmatilah setiap saat indah dlm hidup kita selagi mampu. Masa ibarat sungai yang mengalir, tidak mungkin berpatah balik.
![](https://img.wattpad.com/cover/131044050-288-k379159.jpg)
YOU ARE READING
The Regret of Heartless 무정한 후회 💜KSJ X KJS 💜 •ft. Blackpink•✔️
Fanfic🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Illegal Ship] ♥ Karya Sampingan ♥ 🍄 Requested 🍄 💄K-Fiction💄 Cinta tak semestinya memiliki Tapi, Cinta juga tak seharusnya menyakiti JisooXJin 💜Perbezaan darjat pemusnah asmara 💜 Status : Completed By: Miss_R...