"Jennie, awak tolong tengokkan Jisoo, ya? Saya tak boleh tengokkan dia selalu sebab saya jauh" Namjoon mengusap lembut rambut Jennie.
"Orang macam tu tak payah ambil kisah. Saya takkan maafkan dia! Jin oppa terseksa sampai nafas terakhir dia sebab perempuan tak guna tu" airmata Rose bertakung di tubir mata. Tak sangka rakan baiknya sekejam itu. Masih adakah nilai manusia dalam dirinya?
"Rose, kalau ikutkan hati yang sakit ni, saya tak nak tengok pun bayang dia. Apa yang dia buat tu, tinggalkan parut kekal dalam hati saya. Hyung saya terseksa sampai hujung hayat kerana seorang perempuan. Saya takkan maafkan dia. Tapi, ini amanat terakhir mendiang. Saya terpaksa ikut" airmata yang ditahan gugur jua akhirnya. Sesak dadanya mengenang cinta abangnya diperlekeh dan diperlakukan tak ubah seperti sampah.
Jennie menyeka airmata yang membasahi pipi lelaki kesayangannya.
"Jennie, tolong saya ya?" Jennie mengangguk faham. Mereka berpelukan sebelum Namjoon berlepas ke Sydney, Australia.
Love yourself is the best choice 'cause you know, you won't take it for granted.
YOU ARE READING
The Regret of Heartless 무정한 후회 💜KSJ X KJS 💜 •ft. Blackpink•✔️
Fiksi Penggemar🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Illegal Ship] ♥ Karya Sampingan ♥ 🍄 Requested 🍄 💄K-Fiction💄 Cinta tak semestinya memiliki Tapi, Cinta juga tak seharusnya menyakiti JisooXJin 💜Perbezaan darjat pemusnah asmara 💜 Status : Completed By: Miss_R...