No

146 34 5
                                    

"Hyung, Joon ada benda nak cakap ni. Janji dengan Joon, hyung takkan melenting" Namjoon mengeluarkan jari kelingkingnya. Jin menautkan jarinya pada jari Namjoon.

"Janji" katanya sambil tersenyum.

"Hyung, keadaan hyung makin parah--" Jin mengeluh untuk kesekian kalinya.

"-- dan hyung kena buat kemo--"

"No! Hyung takkan buat kemoterapi tu" percakapan Namjoon dipintasnya.

"Joon tahukan? Kalau hyung buat kemoterapi, hyung takkan dapat hidup mcm orang normal? Terperuk di hospital, menanggung sakit yang tak berkesudahan. Hyung kena pergi kolej. Itu sahaja caranya nak jumpa Jisoo. Hyung nak tatap muka dia puas-puas sebelum hyung tutup mata" jelas Jin sambil menahan airmatanya daripada tumpah. Namjoon mencengkam lengan Jin.

"Hyung, jangan jadi bodohlah, hyung! Apa yang hyung dapat kalau cintakan dia?! Dia tak pernah hargai cinta hyung pun. Tolonglah, hyung. Joon dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Hyung, tolonglah" Namjoon terduduk di lantai. Menangisi kebodohan hyungnya, menagih cinta yang dia takkan pernah rasa.
































Benar kata orang. Cinta itu buta. Tapi, janganlah butakan mata sehingga tak nampak buruk baiknya sesuatu perhubungan tu.

The Regret of Heartless 무정한 후회 💜KSJ X KJS 💜 •ft. Blackpink•✔️Where stories live. Discover now