Cry

156 27 1
                                    

Jisoo terpinga-pinga saat kereta yang dipandu Jennie berhenti di sebuah tanah perkuburan.

"K-kenapa korang bawa aku datang sini?

"Kau cakap nak jumpa Jin oppa. Kitorang nak bawa kau jumpa dialah ni. Lepas ni, kau tak payah kacau dia dah sebab kitorang dah tolong kau untuk jumpa dia. Mulai hari ini, jangan ganggu Jin oppa lagi. Jangan datang ke pusara dia sekali pun. Faham?" Jennie menggenggam tangan Rose. Dia menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan perbuatan Rose.

Jisoo dipimpin oleh Lisa. Sebaik sahaja tiba di satu kubur, kaki Jisoo menjadi lemah. Dia jatuh terduduk. Nama yang terpapar di memorial itu benar-benar merentap jiwa dan raganya.

"Ya Tuhan, apa yang aku dah buat. Berdosanya aku" Jisoo menangis semahu-mahunya dalam pelukan Lisa. Rose cuba mengentalkan hati untuk tidak menangis tetapi gagal. Airmatanya diseka kasar.

"Kau dah jumpa Jin oppa kan? Sekarang ni, aku dah tak nak tengok muka kau lagi" Rose melangkah ke kereta. Jennie mengikuti langkah kaki Rose.

"Sudahlah, Soo. Jom balik" Lisa memimpin Jisoo ke kereta. Airmata Jisoo tidak henti-henti mengalir.

Tuhan saja yang tahu betapa remuknya hati Jisoo.














































Remuk itu juga yang Jin oppa pernah rasa dan lalui. Remuk hati kau takkan seremuk hati Jin oppa. -Lisa.

The Regret of Heartless 무정한 후회 💜KSJ X KJS 💜 •ft. Blackpink•✔️Where stories live. Discover now