Jisoo tersedar dari 'lena' panjangnya. Dia memisat matanya yang kabur kerana terlalu lama tidak sedarkan diri.
"Jen, Jen" Jisoo menggoncang perlahan lengan rakannya yang terlelap di kerusi.
"Ouh, Soo. Kau okay? Sakit mana-mana tak?" soal Jennie bimbang.
"Aku okay. Kenapa aku boleh ada dekat sini?"
"Kau jatuh depan rumah tadi. Kau....." ayat Jennie tergantung. Jisoo kelihatan seperti ternanti-nanti bait kata yang akan keluar dari mulut Jennie.
"Cakap sajalag yang dia mengandung. End of the story" kata Rose tanpa sebarang riak. Pura-pura seperti berhati kering. Airmata Jisoo jatuh setitik di pipi namun dikesat kasar.
"Anak Vernon" Jisoo mengurut pelipisnya.
"Sebab ni la aku nak jumpa Jin op--"
"Apa? Kau nak suruh dia jadi 'pak sanggup' kau? Kau nak perbodohkan dia untuk tutup malu kau? Sebab dia suka kau? Macam tu?" desak Rose.
"B-bukan macam tu. Dulu dia pernah beri amaran pada aku. Tapi, aku yang degil. Aku bodoh! Bodoh!" Jisoo menumbuk dadanya beberapa kali namun dihalang oleh Lisa.
"Sudahlah, benda dah jadi. Sekejap lagi kitorang bawak kau 'jumpa' Jin oppa" kata Rose sinis.
Penyesalan tiada gunanya sekiranya seseorang itu dah meninggalkan kita.
YOU ARE READING
The Regret of Heartless 무정한 후회 💜KSJ X KJS 💜 •ft. Blackpink•✔️
Fiksi Penggemar🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Illegal Ship] ♥ Karya Sampingan ♥ 🍄 Requested 🍄 💄K-Fiction💄 Cinta tak semestinya memiliki Tapi, Cinta juga tak seharusnya menyakiti JisooXJin 💜Perbezaan darjat pemusnah asmara 💜 Status : Completed By: Miss_R...