"Tak! Tolong! Tolong lepaskan dia! Jangan apa-apakan dia! Tolong! Aku merayu!" Rayu Elsa. Air matanya mengalir lebat. Tangannya pula dipegang oleh dua orang lelaki yang berbadan tegap.
"Arghh!!" Erangan kesakitan itu jelas kedengaran.
Elsa menangis lagi. Tak sanggup dia melihat adiknya, Anna diseksa sebegitu rupa.
"Tolong! Jangan bunuh dia! Bunuh aku! Dia tak bersalah! Lepaskan dia!" Rayunya lagi. Ingin sahaja dia berlari mendapatkan Anna yang kesakitan menerima setiap pukulan dibadannya. Tetapi dia sudah tidak kuat. Badannya lemah. Kepalanya cedera.
Elsa memandang seorang perempuan yang duduk di atas kerusi yang mewah. Gayanya seperti seorang permaisuri tetapi wajahnya tidak kelihatan kerana terlindung disebalik kegelapan itu.
Elsa perasan yang permaisuri itu tersenyum sinis. Lalu permaisuri itu mengangkat sebelah tangannya.
Ketiga-tiga lelaki berbadan tegap yang memukul Anna itu memberhentikan perbuatan mereka.
"Lepaskan dia." Arah permaisuri. Seraya itu, pegangan kedua-dua lelaki itu pada lengan Elsa terlepas.
Lantas Elsa mengesotkan badannya mendapatkan adiknya yang sedang duduk bersimpul.
"Anna!" Panggilnya.
Anna tersenyum nipis. Wajah dan badannya sedikit lebam. Bibirnya pecah. Kepalanya berdarah.
Elsa semakin hampir dengan adiknya.
Tanpa disedarinya, permaisuri itu mengangguk dan serta merta salah seorang lelaki yang memukul Anna itu mengeluarkan pedang dari sarungnya lalu menghayunkan pedang itu dibelakang Anna.
Elsa terkejut.
Anna terbuntang sebelum perlahan tumbang dihadapan Elsa.
"ANNA!!!!!" Elsa tersedar. Dia bangun terduduk. Nafasnya tercungap-cungap. Badannya berpeluh.
Matanya liar memandang sekelilingnya. Suasana biliknya yang tenang diperhatinya. Seraya itu dia perasan akan sesuatu. Biliknya... membeku.
Elsa terkebil-kebil.
"Erkk... teruk sangat aku mimpi sampai terbekukan bilik." Gumam dia sendiri.
Kemudian, dia memandang ke luar tingkap. Hari masih malam.
Elsa kembali membaringkan badannya. Dia menekup wajahnya. Kemudian, mimpi tadi cuba diingatinya kembali.
Tangan dilarikan lalu didepakan. Dia memandang siling biliknya.
Mimpi tu. Kenapa aku boleh bermimpi macam tu? Dah dua minggu mimpi yang sama. Siapa permaisuri tu??
Dia mengeluh berat sebelum kembali memejamkan matanya.
***
Keesokkannya, Elsa masih lagi belum bangun. Matahari pula sudah meninggi..
Kemudian, Anna melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
"Eh? Tak bangun lagi?" Dia bercekak pinggang sebelum menghampiri katil kakaknya.
"Pst! Kakak..." Bisik Anna ditelinga kakaknya.
Dahi Elsa berkerut seribu apabila tidurnya diganggu.
"Kakak..." sekali lagi Anna berbisik.
Elsa merenget kecil lalu menarik selimut sehingga menutupi kepalanya.
Anna terkebil-kebil.
Dia memeluk tubuh.
"Come on, Elsa. Matahari dah tegak atas kepala. Awak tu permaisuri. Jangan jadi pemalas macam tu boleh tak? Ni mesti tidur lambat semalam. Sebab tu malas nak bangun ni. Kakak! Bangun la. Ni dah nak tengah hari. Lunch pun dah nak siap..." Bebel Anna panjang lebar.
Elsa menutup telinganya dengan bantal.
Anna mengetap bibir.
"Kakak! Bangun cepat!" Jerit Anna.
"Erghh!!! Go away, Anna." Halau Elsa. Dia masih lagi kekal dalam posisi yang sama.
Anna terlopong.
What the? Dia halau aku??
"Kakak! Baik kakak bangun sebelum saya..."
"Anna. Boleh tak kamu keluar? Bagi kakak tidur sekejap. Nanti makan tengah hari kamu kejutkan kakak balik. Kakak mengantuk. Yer kakak tahu dah tengah hari. Kamu bosan? Pergi jalan-jalan kat pekan ke? Tak pun kat taman. Just... leave me alone." Ujar Elsa panjang lebar. Dia bangun lalu duduk bersila di atas katil sambil memandang Anna.
Anna terkejut.
Ni memang tak cukup tidur ni.
Wajah Elsa yang kusut itu dipandangnya. Rambut Elsa juga sudah tak tersusun rapi. Maybe dia tidur lewat semalam.
"Okay, fine! Saya keluar. Tapi nanti makan tengah hari nanti, saya kejutkan kakak tapi tak bangun jugak, saya basahkan bilik ni." Ugut Anna. Dia mendekati pintu bilik.
"Yeah! Yeah! I know that! Now, get out." Halau Elsa lalu kembali menyambung tidurnya yang terganggu.
Anna memutarkan bebola matanya ke atas.
Dia melangkah keluar dari bilik kakaknya.
Sebaik dia menutu pintu, dia mengeluh berat.
"Aishh... bosan..." rungutnya lalu mengheret kakinya ke taman.
Sambil melangkah, Anna sibuk memikirkan akan kakaknya yang sering tidur lambat sekarang. Mood Elsa juga tidak stabil. Sekejap gembira dan sekejap garang. Sehinggakan dia kurang berani untuk bergurau dengan kakaknya itu.
"Kenapa dia jadi macam tu sekarang? Aku perasan jugak. Dia jadi macam ni sudah hampir 2 minggu. Dia ada masalah ke? Sebab tanggungjawabnya sebagai permaisuri ke? Ermm.. aku rasa tak. Dia mesra jer dengan orang ramai. Jadi apa eh??" Anna bermonolog sendirian.
Tanpa dia sedar, dia sudah tiba di taman.
"Aku rasa aku kena tanya dia. Not this day. Maybe tomorrow. Kena cari waktu yang sesuai baru boleh tanya dia." Dia tersenyum lebar.
Seraya itu, dia baru sedar yang sia sudah tiba di taman. Lantas dia berlari anak ke arah buaian yang tergantung elok di dahan sebuah pokok besar yang terletak ditengah-tengah taman itu.
Anna bermain dengan girang sambil menunggu waktu makan tengah hari...
#TO BE CONTINUE...
Yow... hahah. So, how is it? Haha.. ni citer fantasy yg first sis buat.. ok x??
YOU ARE READING
[✔]FROZEN NIGHTMARE
FantasyElsa merupakan permaisuri termuda Kerajaan Arendelle yang mempunyai kuasa ais sejak lahir. Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia ketika berlayar dalam ribut ketika dia masih remaja. Yang hanya dia ada ialah satu-satunya adik perempuan kesayang...