PERJALANAN KE KERAJAAN AIS

356 37 0
                                    

Anna duduk termenung di beranda biliknya. Peristiwa semalam masih lagi bermain-main difikirannya.

*FLASHBACK*

"Kakak bermimpi kamu kena bunuh."

"What??"

"Yes, Anna. Mimpi buruk kakak, kamu kena bunuh."

"Ta.. tapi siapa pembunuh tu."

"Kakak tak tahu. Tapi, dia seperti permaisuri. Maafkan kakak sebab tak bagitahu kamu. Kakak tak nak cerita sebab tak nak kamu risau."

"It's okay, sis.."

*END FLASHBACK*.

Permaisuri??

"Herm... aku rasa mimpi Elsa mesti ada kaitan dengan putera tu." Gumamnya sendirian.

Tiba-tiba, Anna teringat tentang apa yang didengarinya semalam.

"Siapa mamat tu sebenarnya?? Kenapa aku rasa dia ada niat jahat? Betul ke apa yang aku dengar semalam? Ke bayangan aku jer??" Anna tertanya-tanya.

"Aku yakin yang rancangan mother akan berjaya."

Kata-kata Jack semalam terngiang-ngiang ditelinganya.

"Balas dendam?? Balas dekat siapa dan sebab apa? Kenapa aku tak dengar habis apa yang mamat tu kata semalam.. ni belum dia habis cakap lagi aku dah pecut. Bodoh kau, Anna." Anna memperbodohkan dirinya. Dia memukul kepala sebagai hukuman kerana bertindak dengan melulu.

Dia terdiam seketika. Tasik yang luas dihadapannya diperhati lama.

"Nampaknya.. Aku kena siasat benda ni. Aku kena pergi ke Kerajaan Ais." Putus Anna lalu berlari menuju ke bilik Elsa untuk memberitahu tentang keputusannya.

***

"Jadi, semua dah bersedia?" Soal Jack. Dia memandang Elsa dan Anna yang menunggang kuda masing-masing.

Dua beradik itu mengangguk serentak.

"Okay, jom kita bertolak." Ujar Jack lalu mula mengorak langkah.

Elsa dan Anna terkejut.

"Tunggu!" Elsa bersuara.

Langkah Jack terhenti. Dia menoleh.

"Kenapa?" Soalnya.

"Mana kuda awak?" Soal Elsa.

Jack tergelak kecil.

"Tiada." Jawabnya pendek.

"Tiada??" Elsa ngan Anna terkejut.

"Yup... tiada. Kenapa?"

"Jadi.. macam mana awak datang sini? Jalan kaki?" Soal Anna.

Jack tersenyum.

"Terbang." Ujarnya lalu terus meloncat ke bumbung istana membuatkan dua beradik itu ternganga.

Jack melompat terbang dari bumbung ke satu bumbung. Kemudian terbang ke pokok dan terbang ke langit. Selepas itu, dia kembali mendarat di hadapan dua beradik itu.

Elsa memandangnya dengan kagum manakala Anna pula dengan pandangan menyampah.

"Okay, jom bertolak." Ajak Jack. Dia tersenyum lebar.

Elsa mengangguk. Anna pula hanya membuat muka toya.

Mereka bertiga mula bergerak ke destinasi yang dituju.

***

Sudah seharian perjalanan mereka ke Kerajaan Ais dan sudah berkali-kali mereka berhenti untuk berehat.

Elsa dan Jack pula galak berborak manakala Anna hanya mendiamkan diri dan berada di hadapan sekali.

"Rapat juga awak dengan Anna, eh? Suka jer saya tengok awak berdua." Kata Jack tiba-tiba.

"Yeah... kami memang rapat sejak kecil." Jawab Elsa. Dia tersenyum. Anna yang jauh dihadapan dipandangnya dengan pandangan yang penuh kasih sayang.

"Mesti awak sayang sangat dekat dia kan?"

Elsa memandang wajah Jack.

"Of course. She is the only one family that I have. Of course I love her." Jawab Elsa dengan jujur.

Jack mengangguk faham.

"Err.. kalau saya nak tanya awak something boleh? Macam mana awak ada kuasa ais?" Soal Jack ingin tahu.

"Entah. Saya pun tak tahu. Tapi mendiang papa saya cakap, sejak kecil lagi saya dah ada kuasa ni. Mula-mula saya takut dengan kuasa saya ni. Tapi, sejak Anna lahir, saya dah boleh biasakan diri dengan kuasa ni. Saya selalu jugak hiburkan dia dengan kuasa ni. Kami berdua memang sangat rapat. Tapi, kalau la saya tak ikut cakap Anna malam tu, pasti kami takkan berjauhan selama belasan tahun." Elsa mengeluh kesal.

Jack terdiam.

"Kenapa awak dan Anna kena berjauhan?"

Elsa menarik nafas dulu sebelum mula bercerita.

"Malam tu kami bermain di dewan tari menari. Tapi, saya secara tak sengaja cederakan Anna dengan ais saya sampaikan dia pengsan dan sejuk. Papa dan mama bawa kami jumpa trolls dan trolls cakap, Anna tak apa-apa sebab ais tu tak terkena hati dia. Then, trolls tu cakap.. saya kena kawal emosi saya sebab emosi saya la yang akan mempengaruhi kuasa ais saya. Then, demi jaga keselamatan Anna, papa putuskan kami berjauhan. Sejak hari tu, kami tidur berasingan dan saya tak berjumpa dengan dia selama belasan tahun walaupun dia selalu jugak ketuk pintu bilik saya." Elsa berhenti bercerita.

Dia dapat merasakan kelopaknya hangat dengan air mata.

"Satu hari, mama dan papa kena berlayar jauh. Tapi, mereka maut sebab kapal mereka terbalik ditengah laut semasa ribut.   Sejak malam tu, saya dan Anna dah digelar yatim piatu. Selepas saya cukup umur, saya ditabalkan sebagai permaisuri. Dan semasa malam hari pertabalan tu, disitulah satu Arendelle tahu yang saya ada kuasa ais. Saya takut. Takut mereka tak akan terima saya. Jadi, saya melarikan diri ke gunung. Dan tanpa sengaja, saya telah bekukan satu Arendelle. Anna cari saya. Seorang diri. Dia ajak saya balik. Dia pujuk saya. Mula-mula saya tak nak. Tapi akhirnya saya putuskan untuk balik semula ke Arendelle."

Elsa berhenti bercerita apabila dia terdengar jeritan Anna dan suara kuda.

Terkejutnya melihat kuda Anna yang menjadi liar tiba-tiba kerana terkejut apabila dahan pokok jatuh dihadapan mereka.

Pegangan Anna pada tali kekang kuda terlepas.

Anna dapat merasakan yang dia sudah tidak berada di atas kuda. Dia memejamkan matanya, bersedia untuk jatuh.

Tetapi Elsa bertindak lebih pantas dengan memunculkan timbungan salji. Dengan tindakan itu, Anna selamat mendarat diatas salji tersebut.

Elsa segera mendapatkan Anna.

"Are you okay, Anna?" Soal Elsa cemas.

Anna bingkas bangun. Dia menepuk baju yang diliputi salji.

"I'm fine. Thank you." Ucap Anna.

Elsa menghela nafas lega.

Dia membantu Anna naik ke atas kuda.

Kemudian, mereka kembali menyambung perjalanan mereka yang tergendala.

Tanpa mereka sedari, sesuatu benda yang amat penting telah tercicir.

Rantai Ais....

#TO BE CONTINUE....

[✔]FROZEN NIGHTMAREWhere stories live. Discover now