Anna tersedar dari tidur apabila sinaran cahaya matahari terkena wajahnya.
Dia bingkas bangun dan menggeliat kecil.
"Good mor..." kata-katanya terhenti apabila menyedari ketiadaan Elsa. Kening kanannya terangkat.
"Ehh.. mana dia pergi." Dia mengintai di setiap penjuru bilik. Tapi Elsa masih tidak kelihatan.
Anna kehairanan.
"hermm.. maybe dia bangun awal sangat kut. Ke dia ada dekat taman?" Tanpa berlengah lagi, dia mengorakkan langkah ke taman ais.
Namun, Elsa tiada di situ.
Anna bercekak pinggang.
"Mana mak cik ni pergi???" Kakinya dihentak beberapa kali. Matanya pula liar mencari kelibat Elsa.
Tiba-tiba, dia ternampak Jack berlari ke arahnya.
"Jack, awak ada nampak Elsa tak?" Soal Anna.
"Hah! Kat sini pun awak, Anna. Awak gaduh dengan Elsa ke??" Soal Jack tanpa mempedulikan soalan Anna. Nafasnya tercungap-cungap.
Anna terkejut.
"Gaduh? Mana ada! Kami tak gaduh la.. Kami okay jer. Kenapa?" Soal Anna. Bila masa pulak aku gadu dengan Elsa...
"Tadi.. saya nampak dia menangis kat taman. Bila saya tanya kenapa. Dia cakap yang dia nak balik. Saya terkejut. Lepas tu, dia terus pergi belakang ambil kuda dan menunggang keluar dari istana. Saya ingat awak berdua gaduh." Jack menceritakan apa yang berlaku atau lebih tepat cerita palsu. Such a big LIAR!
"WHAT????" Anna terkejut. Dia segera berlari ke kandang kuda yang terletak di belakang istana.
Jack mengejarnya dari arah belakang.
Sebaik sahaja tiba di kandang kuda itu, Anna terkesima. Kuda Elsa tiada di situ.
Dia tidak percaya yang Elsa sanggup tinggalkan dia seorang diri di sini. Secara tiba-tiba air matanya bergenang.
"Saya nak balik." Putusnya. Dia membuka ikatan tali yang menambat kuda itu.
"Saya ikut." Ujar Jack.
"Tak apa. Saya boleh balik seorang diri. Awak bagitahu dekat permaisuri yang kami minta maaf sebab kena balik awal." Anna melompat naik ke atas kudanya.
"Okay... awak yakin yang awak boleh balik seorang diri?" Soal Jack yang ingin meminta kepastian. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia tengah risau.
Anna tersenyum sinis.
"Saya pernah hadapi cabaran yang lagi membahaya daripada ni." Jawab Anna lalu menghentak tali kekang kuda itu lalu kuda putihnya itu memecut laju keluar dari istana itu.
"BE CAREFUL!!!" Jerit Jack sebelum bayangan Anna perlahan-lahan menghilang dari pandangannya.
Dia tersenyum sinis.
"Well... bubye Anna.. tak sangka kau ni puteri yang paling mudah kena tipu... so.. kau tak ada... senang kerja kitorang untuk melakukan rancangan kami dekat kakak kau." Jack tergelak jahat lalu melangkah masuk ke dalam istana.
Dia mengorak langkahnya ke arah sebuah bilik yang terletak dihujung istana.
Sebaik dia menolak pintu, dia dapat melihat Elsa yang pengsan dengan tangan dan kakinya di rantai dengan rantai yang terikat pada dinding.
Jack tersenyum sinis.
"Hermmm.... nampaknya kau dah tidur lama." Dia mengambil baldi yang berada di sebelahnya lalu menyimbahnya kepada Elsa.
Elsa terkejut. Dia tersedar dari pengsan apabila air itu mengena tepat pada wajahnya. Nafasnya tercungap-cungap.
Pedih pada luka dibelakang kepalanya dapat dirasai.
"Good afternoon, sayang. Best tak tidur tadi? Mimpi best tak?" Soal Jack lalu tergelak sinis.
Elsa merenung tajam ke arah Jack seperti seekor harimau yang ingin menerkam mangsanya.
"Wuuuu... takutnya... hahaha... comel jer renungan awak tu. Tergoda pulak saya."
"Kau binatang!" Jerit Elsa. Jelas nampak api kemarahan di mata birunya.
Jack menjuihkan bibir.
"Tsk! Ayat lapuk... hahaha.." dia tergelak kuat.
"Kau tengok la nanti, Jack... Anna pasti akan datang selamatkan aku. Dan lepas tu, aku akan bunuh kau." Kata-kata Elsa itu membuatkan Jack tergelak kuat.
"Hahahaha... Anna? Selamatkan kau? Hmph! Anna dah balik la, Elsa... dia dah balik ke Arendelle.. baru jer tadi dia bertolak." Jack memeluk tubuh.
Elsa terkesima.
"What?"
"Hermm... entah la.. aku rasa adik kau tu bodoh sangat. Sama macam kau. Kau nak tahu tak? Tadi, dia cari kau. Pastu, aku bagitahu yang kau dah balik. Aku rasa dia nangis sebab mata dia nampak berkaca camtu.. then, dia terus naik kuda dia dan balik... haha... tengok tu... bodohnya dia kan."
Elsa mengetap gigi.
"Kau boleh panggil aku bodoh tapi kau tak boleh panggil dia bodoh!!" Jerit Elsa. Dia cuba untuk mengeluarkan ais dari tangannya tapi gagal. Elsa terkejut.
"What? Kenapa?"
Jack tersenyum sinis.
"Kamu tak boleh keluarkan kuasa kamu, Elsa." Ujar satu suara wanita.
Elsa mendongak memandang satu susuk tubuh yang berdiri dalam kegelapan.
"Rantai itu diperbuat daripada seramik yang sangat kuat. Dan seramik tu jugak adalah kelemahan kuasa kamu. Selagi rantai tu melekat pada tangan kamu, selagi tu la kamu takkan dapat keluarka kuasa kamu." Ujarnya lalu melangkah keluar dari kawasan gelap itu.
Elsa terbuntang.
Permaisuri salji itu tersenyum sinis.
"Hai, sweetheart." Dia menyapa Elsa bersama dengan senyuman sinisnya.
Elsa terkejut.
Senyuman tu...
Serta-merta badannya menggigil ketakutan.
Tak.. tak mungkin...
#TO BE CONTINUE...
YOU ARE READING
[✔]FROZEN NIGHTMARE
FantasyElsa merupakan permaisuri termuda Kerajaan Arendelle yang mempunyai kuasa ais sejak lahir. Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia ketika berlayar dalam ribut ketika dia masih remaja. Yang hanya dia ada ialah satu-satunya adik perempuan kesayang...