THE REAL NIGHTMARE

404 37 7
                                    

Anna mengerang kesakitan.

Badannya lebam akibat dihempas ke lantai.

Kepalanya pecah akibat dihantuk ke dinding.

Bibirnya pecah akibat ditumbuk kuat.

Namun, dia masih lagi cuba untuk melawan lelaki tegap itu.

Dia tidak boleh mengalah awal. Dia mesti selamatkan Elsa.

Jack yang memandang dari atas bumbung tersenyum sinis.

Kemudian, dia terbang turun dan mendarat di hadapan Anna.

"Cukup." Arah Jack kepada lelaki tegap itu.

Anna yang terbaring lemah itu merenung tajam ke arah Jack.

"So macam mana? Sedap kena belasah?" Soal Jack sinis.

Anna mengetap gigi.

Dia menggunakan tenaganya yang tinggal untuk berdiri.

"Aku dah agak.. kau memang jahat." Ujarnya. Dia memegang tangan kanannya yang sakit sangat akibat dihempap ke dinding.

Jack tergelak sinis.

"Wahhh.. kau memang dah tahu aku jahat? Tapi kenapa kau tak serang aku dari dulu? Kenapa kau tak cakap dekat Elsa? Dan kenapa kau ikut aku datang sini?" Bermacam-macam soalan yang dilontarkan oleh Jack kepada Anna.

"Wah wah wah... banyaknya soalan kau.. kau ingat ni exam ke?? First, aku tak serang kau, sebab aku teringat kata-kata parents aku suruh hormat tetamu walaupun firasat kita mengatakan diorang tu jahat. Kedua, aku tak cakap dekat Elsa, sebab aku tahu.. kalau aku cakap dekat dia, dia takkan percaya. Sebab dia sukakan kau! Ketiga, aku ikut kau sebab aku nak siasat siapa kau sebenarnya. Malam tu, aku terdengar yang kau bercakap pasal dendam. Jadi, aku rasa kau ada kaitan dengan mimpi ngeri Elsa. Sebab tu aku putuskan untuk ikut kau." Panjang lebar Anna memberi jawapan. Jack tergelak sinis.

"Jawapan panjang kalah jawapan KBAT. Tapi, Elsa sukakan aku? You're sister like me? Hahaha.. bodohnya kakak kau tu. Aishh.. aku tahu la aku ni hensem. Ish ish ish.. bodoh sangat kakak kau tu. Cantik tapi BODOH!" Jack menekan perkataan 'bodoh' itu.

Anna mengetap gigi. Dia menggenggam penumbuk.

Jack tersenyum sinis.

"Jadi, kau dah tahu la pasal mimpi ngeri Elsa tu? Hmph! Kalau kau nak tahu, mimpi tu.. aku yang hantar dekat dia. Biar dia merana. Hahaha.. kejam tak aku? And, semalam.. aku saja jer tarik balik mimpi ngeri tu. Nak bagi dia tidur tenang. Al-maklumlah malam terakhir." Jack tersenyum sinis. Dia menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket hoodienya.

Anna tersentak.

"Malam terakhir? Apa maksud kau?" Soalnya ingin tahu.

Jack tersenyum sinis.

Lalu mengeluarkan sesuatu dari pokeknya.

Anna terbuntang.

Itu... rantai ais Elsa.

"Apa yang kau dah buat dekat kakak aku?!" Soal Anna. Wajahnya merona merah menahan marah. Urat-urat jer timbul di leher jenjangnya.

"Hahaha.. rileks.. kau nak tahu apa yang jadi dekat kakak kau?" Soal Jack berserta senyuman sinis. (Aishh.. banyak senyum sinis la pulak  ̄ˍ ̄)

***

Elsa mengerang kesakitan.

Badannya sudah lemah kerana dibelasah oleh orang suruhan permaisuri itu.

Dia langsung tidak dapat mengeluarkan kuasa aisnya.

Permaisuri Salji tersenyum sinis.

"Well, best kena belasah? Hahaha... tu sikit jer. Nanti lagi best. Dan lagi best kalau adik kau join jugak." Ujar permaisuri itu sinis.

[✔]FROZEN NIGHTMAREWhere stories live. Discover now