Selepas menghadapi perjalanan yang jauh, akhirnya mereka tiba di Kerajaan Ais.
Anna dan Elsa terpegun melihat suasana disitu.
100% diperbuat daripada ais. Kenderaan, perabot, bangunan. Disebabkan itulah kerajaan itu digelar Kerajaan Ais.
Jack membawa mereka berdua ke istana.
Sepanjang perjalanan ke istana, Anna perasan yang penduduk-penduduk disitu memandangnya.
Dia menjadi tidak keruan.
Tak pernah tengok orang ke?? Tengok aku macam tengok alien jer.
Sebaik tiba diperkarangan istana, Elsa dan Anna segera turun dari kuda mereka. Kemudian, Jack menyuruh pengawal disitu membawa kuda-kuda tersebut ke kandang kuda di belakang istana.
"Jom, kita masuk ke dalam. Permaisuri pasti tengah tunggu korang." Ajak Jack lalu mengorak langkah.
Elsa dan Anna hanya akur. Mereka berjalan mengekori Jack.
Mata kedua-dua beradik itu tidak lekang daripada melihat suasana istana tersebut.
Istana ais.. sangat cantik.
Mereka tiba di satu dewan yang amat besar.
Kelihatan seorang wanita berambut putih duduk di atas kerusi yang diperbuat daripada ais. Wajah wanita itu tidak kelihatan kerana terlindung disebalik kegelapan.
Sebaik tiba dihadapan wanita itu, Jack bersuara.
"Mother, meet Queen Elsa and Princess Anna of Arendelle. Queen Elsa and Princess Anna, meet my mother, Queen Snow of Ice Kingdom."
Lantas Elsa dan Anna memberi tunduk hormat.
Permaisuri itu hanya mengangguk.
Dia bingkas bangun dari kerusinya lalu menghampiri Elsa dan Anna.
Sebaik wajanya terkena cahaya, Elsa dan Anna terkedu.
Mata mereka tak berkelip.
"Ma...mama???"
Permaisuri itu tergelak kecil.
"Hehe.. maaf sayang. Beta bukan mama kamu berdua. Maybe beta iras mama kamu berdua. Sebab itu kamu berdua ingat yang beta ni mama kamu." Ujarnya sambil tersenyum manis.
Elsa dan Anna terkebil-kebil.
"Jack, bawa mereka ke bilik yang telah disediakan. Biar mereka berehat dulu. Mesti mereka letih jauh berjalan. Nanti la mother berborak dengan mereka." Arah Permaisuri Salji.
Jack mengangguk akur.
Dia membawa Elsa dan Anna ke hadapan sebuah bilik. Di hadapan bilik itu terdapat sebuah taman ais yang sangat besar.
"Okay, ni bilik awak berdua. Kalau perlu apa-apa bantuan, boleh cari saya dekat bilik tepi taman sana." Jack menunding jari ke arah sebuah bilik yang terletak di hadapan bilik mereka.
Elsa dan Anna mengangguk faham.
"Baik... saya minta diri dulu. Awak berdua berehat la dulu. Nanti dinner, saya datang jemput." Ujar Jack.
"Okay. Thank you, Jack." Ucap Elsa bersama senyuman manis.
"Most welcome, your highness.." balas Jack lalu beredar dari situ.
Sebaik Jack beredar, Elsa segera melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Anna pula sudah terlebih dahulu masuk ke dalam selepas Jack menunjukkan biliknya.
Elsa terpegun apabila melihat keadaan bilik itu.
Ais.
Kelihatan Anna sedang termenung dijendela.
YOU ARE READING
[✔]FROZEN NIGHTMARE
FantasyElsa merupakan permaisuri termuda Kerajaan Arendelle yang mempunyai kuasa ais sejak lahir. Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia ketika berlayar dalam ribut ketika dia masih remaja. Yang hanya dia ada ialah satu-satunya adik perempuan kesayang...