Anna mengesat air matanya.
Dia kecewa dengan Elsa kerana meninggalkannya sendirian di istana itu.
Kenapa Elsa buat macam tu? Dia dah tak sayang aku ke?
Pelbagai persoalan yang muncul di fikirannya.
Ketika dia melalui sebuah kawasan yang terletak ditepi sungai, Anna ternampak sebuah cahaya yang berwarna kebiruan yang muncul disebalik semak samun.
Dia tertarik dengan cahaya itu. Lantas dia segera turun dari kuda itu dan menuju ke arah semak samun tersebut.
Anna terbuntang.
"Rantai ais. Dekat sini rupanya.. fuhh.. nasib jumpa balik." Anna berkata teruja. Dia melekatkan rantai itu pada dadanya.
Seraya itu, dia tersedar akan sesuatu.
"Rantai ni.. menyala? Alamak... Elsa dalam bahaya.. aku kena cepat." Dia meloncat naik ke atas kuda...
Dia menghentak kuat tali kekang kuda itu lalu kuda tersebut memecut laju.
Tapi, Anna menarik tali tersebut secara tiba-tiba dan kuda tersebut berhenti mengejut.
"Kejap... kuasa Elsa dipengaruhi oleh emosi dia. Jack kata dia menangis.. menangis... elsa sedih.. kalau sedih... jalan ni pasti dah penuh dengan salji. Tapi, jalan ni biasa jer kalau Elsa ambil jalan lain, rasa macam tak logik sebab ni kali pertama kitorang datang sini. Jadi, jalan ni jer kitorang tahu... herm..." dia terdiam sebentar untuk berfikir.
"hah?? Takkanlah!" Anna terbuntang. Dia segera menunggang kudanya kembali ke Kerajaan Ais.
Kudanya memecut laju.
Harap sempat sampai.
***
"Kau... kau.. kau yg selalu ada dalam mimpi ngeri aku. Kau yang arah orang-orang kau bunuh Anna. Siapa kau sebenarnya hah?" Elsa meninggikan suaranya.
Permaisuri itu tersenyum sinis.
"Okay.. kalau kau nak tahu. Aku sebenarnya mak cik kau."
Elsa terbuntang.
"W-What?? Makcik??"
Permaisuri salji tersenyum sinis.
"Sebenarnya. Aku ni, kembar mama kau. Dulu, aku dengan mama kau ni rapat sangat. Selalu buat sesuatu sama-sama. Pergi mana-mana pun sama-sama. Tapi, sejak dia berkahwin, dia pulaukan aku. Dia lebih utamakan suami dia. Sejak tu, aku benci dia. Tapi taklah benci sangat. Suatu hari, aku gaduh besar dengan dia. Malam tu malam krismas. So, aku larikan diri ke dalam hutan. lepas tu, aku terjumpa satu gua dan aku berteduh dekat situ. Dalam gua tu, aku terjumpa, sebuah epal yang berwarna biru dan sangat sedap. Dan ketika itu la aku terjumpa dengan Jack." Permaisuri itu berhenti bercerita. Dia memeluk bahu Jack.
"Kalau kau nak tahu, Jack ni bukan manusia. Dia sebenarnya penjaga ais. Umur dia dah beribu tahun." Cerita Permaisuri salji menyebabkan Elsa ternganga.
Permaisuri itu tersenyum sinis.
"Jack suruh aku makan buah tu. Dia cakap, kalau aku makan, aku akan ada kuasa ais. Sebelum sempat aku makan, mama dan papa kau terjumpa aku. Dan ketika itu benci aku dekat mama kau semakin membuak. Lagi-lagi bila dia makan epal tu sebab mengidam. Yeah! Masa tu dia tengah mengandungkan kau. Tanpa banyak soal, papa kamu mengambil buah epal itu dan memberinya kepada mama kau. Sebab tu kau ada kuasa ais, Elsa. Kuasa buah tu tak menjadi milik mama kau tapi telah dimiliki kau. So, aku akan dapatkan semula hak aku." Panjang lebar Permaisuri salji menceritakan kisah lalu. Dia tersenyum sinis.
Elsa terbeliak.
Jadi... sebab itulah aku ada kuasa ais? Dia memandang kedua-dua tangannya yang dirantai.
"Tapi, Jack beri aku makan anggur ais.. aku tetap juga ada kuasa ais." Permaisuri salji itu mengangkat tangan kanannya. Lalu cahaya biru yang penuh dengan kesejukan dihasilnya.
"Tapi, kuasa ni tak sekuat kuasa epal ais!" Tambahnya lalu menghalakan cahaya itu ke arah Elsa.
Cahaya tersebut mengena tepat pada pipi Elsa.
Elsa mengerang kesakitan.
Dia dapat merasakan satu cairan hangat pada bibirnya.
Bibirnya pecah.
"Hmph! Itu sikit jer. Ada lagi benda yang aku nak buat dekat kau. " Ujar Permaisuri itu bersama senyuman sinis.
Elsa merenung tajam ke arah permaisuri itu.
Permaisuri hati binatang...
***
Anna tiba di istana.
Cahaya rantai itu semakin terang menyala.
Jelas sekali Elsa memang betul-betul berada dalam bahaya.
Satu sahaja perkara yang membuatkan dia pelik dengan istana itu, iaitu langsung tiada pengawal.
"Aman sangat kerajaan ni sampaikan permaisuri tak nak ambil pengawal." Gumamnya sendirian.
Dia membawa kudanya ke arah satu kawasan yang tersembunyi lalu mengikat kuda itu pada sebatang pokok.
"Awak tunggu dekat sini, saya nak pergi selamatkan Elsa." Pesan Anna kepada kudanya lalu perlahan memasuki istana secara senyap-senyap.
Dia mengorak langkahnya ke arah bilik yang mereka menginap.
Matanya juga liar melihat sekeliling. Takut terserempak dengan Jack, permaisuri atau sesiapa.
Sebaik tiba di bilik itu, dia terkesima.
"Hermm.. nampaknya Elsa bukan ada di sini. Mana diorang bawak dia?" Dia tertanya-tanya. Kemudian, Anna terpandang akan taman ais yang berada di bilik itu.
Spontan kakinya menlangkah ke arah taman itu.
Dia memeriksa kawasan taman itu.
Tiba-tiba, dia terpandang akan satu cairan merah yang terlekat pada sebuah pokok ais.
Anna mendekati pokok tersebut. Cairan ifi dicalit sedikit dengan jarinya lalu dihidunya.
Anna terbuntang.
Darah??
Tanpa disedarinya, seorang lelaki berbadan tegap perlahan-lahan menghampirinya.
Lantas lelaki itu menekup mulut Anna.
Anna terkejut.
Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Anna menyiku kuat perut lelaki itu lalu pegangan lelaki itu terlepas.
Anna menjauhkan diri daripada lelaki tersebut dan ingin melihat bagaimanakah rupa sebenarnya lelaki itu.
Seraya itu, dia terlopong.
Lelaki lampai dan berbadan tegap itu memandangnya tajam.
Anna menelan air liur.
"Patut la istana ni takde pengawal." Dia menepuk dahi.
Lelaki itu tersenyum sinis.
#TO BE CONTINUE....
YOU ARE READING
[✔]FROZEN NIGHTMARE
FantasyElsa merupakan permaisuri termuda Kerajaan Arendelle yang mempunyai kuasa ais sejak lahir. Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia ketika berlayar dalam ribut ketika dia masih remaja. Yang hanya dia ada ialah satu-satunya adik perempuan kesayang...