Di meja makan, Anna dan Elsa duduk menghadap antara satu sama lain sambil menikmati makanan masing-masing.
Anna menjamah makanannya dengan selera sekali tetapi lain pula dengan Elsa. Dia lebih banyak termenung daripada makan.
Anna perasan akan kakaknya itu.
Ermm.. perlu ke aku tanya dia sekarang?
Anna dilema. Dia tidak berhenti daripada memandang Elsa.
Beberapa minit kemudian, Anna mengeluh berat. Dia meletakkan sudu yang dipegangnya ke dalam pinggan.
"Kakak??" Dia memanggil Elsa. Namun tiada jawapan dari kakaknya itu.
"KAKAK?!" Sekali lagi dia memanggil tapi kali ini suaranya ditinggikan sedikit.
Elsa tersedar dari lamunan.
"Huh?" Elsa memandang Anna dengan reaksi blur.
"Are you okay, sis? Kakak lebih banyak termenung daripada makan. Ada benda yang ganggu awak ke?" Soal Anna.
"Ouhh.. hermmm... tiada apa la, Anna. I'm fine. Maybe sebab tidur lama sangat kut hari ni. Tu yang selalu termenung." Jawab Elsa. Dia tersenyum manis.
"Really? But sis, kenapa kakak selalu tidur lambat sejak kebelakangan ni?" Soal Anna yang masih lagi tidak puas hati dengan jawapan Elsa itu.
Elsa tersentak.
Alamak. Dia tanya.. apa aku kena jawab ni??
"Err.. maybe sebab panas. Sekarang kan panas bila malam. Sebab tu susah nak tidur ." Tipu Elsa. No way! I will not tell her.
"You're lying. Sekarang musim sejuk, kakak. Bukan musim panas. Lagipun kakak tu ada kuasa ais. Tak mungkin panas. Come on, Elsa. Just tell me the truth. Elsa, I'm your sister. If you're in trouble, I'm here to help you." Ujar Elsa.
Elsa mengeluh berat.
"No, Anna. You can't help." Ujar Elsa perlahan tetapi masih lagi dapat didengari Anna. Dia tunduk memandang pinggan yang berisi daging bakar.
"Why? Why not? How you know I can't help you? Please Elsa. Just tell me what's your problem." Desak Anna.
"Hermm. Nothing. Cepat.. habiskan makanan tu. Nanti sejuk, tak sedap nak makan." Elsa menukar topik. Dia kembali menyuap cebisan daging yang dipotong ke dalam mulutnya.
"Oh, Elsa. Please. Jangan nak tukar topik. Please... I'm begging you. Please tell me what's your problem.." Rayu Anna. Elsa mengelu berat.
"Sorry, Anna. I can't tell you because I know you can't help me to solve it." Ujar Elsa lalu bingkas bangun dan beredar dari situ.
"Kakak, boleh tak kakak bagitahu masalah kakak? Kenapa kakak takut sangat nak bagitahu?" Soal Anna. Dia memandang Elsa.
Elsa memberhentikan langkahnya.
"Enough, Anna." Arah Elsa. Dia menekan sedikit suaranya.
"Kenapa? Kakak ingat saya ni budak kecik lagi ke? Kakak ingat saya tak boleh tolong?" Anna tidak menghiraukan arahan Elsa. Dia tetap mengajukan soalan.
Elsa berpusing menghadap Anna.
"I said enough Anna. Kakak tak nak bagitahu sebab ini untuk kebaikan kamu jugak. So, stop ask me those questions!" Tegas Elsa.
"Kebaikan?? Masalah kakak ni ada kaitan dengan saya ke? Kalau ada kaitan dengan saya, saya boleh tolong. I'm not a child anymore. Saya pernah berjalan dalam ribut salji yang kuat untuk mencari permaisuri yang melarikan diri ke gunung." Anna mula mengkaitkan peristiwa beberapa tahun lepas.
Elsa menggenggam penumbuk.
"Stop it, Anna!" Arah Elsa. Mukanya mula merona merah kerana menahan marah.
"Saya pernah dikejar serigala. Pernah jatuh ke dalam gaung yg beratus meter. Dan pernah beku! Saya pernah hadapi semua tu seorang diri. You hear it? ALONE!" Anna meninggikan sedikit suaranya. Dia merenung tajam ke arah Elsa.
"Kakak tak suruh pun kamu cari kakak. Kamu yang sanggup ambil risiko semata-mata nak cari kakak." Elsa mempertahankan dirinya. Ya, maybe dia bodoh sebab melarikan diri dulu tapi bukan dia yang suruh Anna mencarinya.
"But, you're my sister, Elsa. Saya sanggup merisikokan keselamatan diri saya agar dapat cari kakak!" Tegas Anna.
Elsa mengeluh berat.
"Please Anna. I can't tell you what is my problem. Kakak tak nak menyusahkan kamu lagi. Biar kakak tanggung masalah ni sendirian. Please understand it." Kata Elsa perlahan. Lalu dia beredar dari situ.
Anna hanya memandang sepi pemergian Elsa. Dia mengeluh berat.
"Hermm... nampaknya dia memang tak nak bagitahu. Aku cuma nak tolong dia. That's all." Anna menompangkan dagunya dengan kedua-dua belah tangannya. Dia memandang ke luar tingkap.
"Kan bagus kalau mama dan papa hidup lagi." Gumamnya perlahan. Tanpa dia sedari, air matanya mula bergenang dan perlahan-lahan mengalir hingga ke dagu dan menitis pada permukaan meja.
#TO BE CONTINUE.....
YOU ARE READING
[✔]FROZEN NIGHTMARE
FantasyElsa merupakan permaisuri termuda Kerajaan Arendelle yang mempunyai kuasa ais sejak lahir. Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia ketika berlayar dalam ribut ketika dia masih remaja. Yang hanya dia ada ialah satu-satunya adik perempuan kesayang...