RAHSIA TERBONGKAR

410 37 7
                                    

Malam itu, mereka bertiga sama-sama menikmati makan malam.

Buat masa sekarang, Elsa dan Anna belum dapat memberi jawapan kepada Jack. Jadi, Elsa menyuruh putera itu untuk tinggal disitu sehinggalah dia dan Anna membuat keputusan.

Anna dan Elsa duduk bersebelahan manakala Elsa dan Jack duduk bertentangan antara satu sama lain.

"So, Jack. Boleh tak awak ceritakan macam mana keadaan di Kerajaan Ais?" Tanya Anna. Dia memandang wajah putera itu.

Elsa yang sibuk memotong stik itu turut mendongak memandang Jack.

"Sure.. Why not? Kerajaan Ais.. kerajaan yang aman dan damai. Rakyat dia sangatlah mesra. Permaisuri dia pun baik. Senang cerita, perfect la. Macam Arendelle ni jugak. Rakyat dia mesra. Suasana pun harmoni. Permaisuri dia pun baik. Cantik pulak tu." Puji Jack.

Elsa tersentak. Lantas dia tunduk memandang pinggannya.

Serta merta wajahnya merona kemerahan kerana menahan malu.

Jack tergelak kecil.

Anna memutarkan bebola matanya ke atas. Kenapa aku rasa mamat ni gatal sangat? Hmph!

Sepanjang makan malam itu, Elsa dan Jack lebih banyak berborak.

Anna pula banyak mendiamkan diri. Dia hanya bermain dengan makanannya.

Elsa perasan akan adiknya itu. Dia tertanya-tanya..

***

Selepas makan malam, Jack meminta diri ke bilik tetamu untuk berehat.

Di meja makan, Elsa dan Anna rancak berborak.

"Kakak perasan yang kamu macam tak suka Jack. Betul tak?" Soal Elsa. Dia tersenyum.

"Bukan tak suka sampai benci.. cuma kurang suka. Sebab dia nampak macam gatal." Anna meluahkan perasaannya. Dia menompang dagu dengan kedua-dua belah tangannya.

Elsa tergelak kecil.

"Tapi dia baik. Peramah pulak tu." Elsa memuji Jack. Anna memutarkan bebola matanya ke atas tanda menyampah.

"Kakak kata macam tu sebab dia puji kakak cantik." Balas Anna tak puas hati.

Elsa tergelak kecil.

"Anna, ingat tak apa yang mama dan papa pesan dulu? Kita kena layan tetamu kita dengan baik walaupun kita tak suka diorang." Ujar Elsa. Senyuman manisnya tidak pernah lekang di bibir mungilnya.

Anna meletakkan dagunya pada permukaan meja.

"Okay, kakak." balasnya.

Elsa tersenyum.

"So, macam mana? Nak pergi ke tak?" Soal Elsa.

"Ermmm.. nantilah. Nak fikir masak-masak dulu." Jawab Anna.

Elsa mengangguk faham.

"Jom tidur. Dah lewat ni." Ajak Elsa. Ana akur lalu bingkas bangun dari kerusi.

Dia dan Elsa berjalan beriringan ke bilik masing-masing.

"Kakak, boleh tak malam ni saya nak tidur dengan kakak?" Soal Anna membuatkan Elsa tersentak.

Alamak! Habislah kalau dia tidur dengan aku. Macam mana kalau aku bermimpi lagi?

"Err... tak payah la. Kamu tu dah besar. Dah la tidur buas... katil akak tu bukannya besar sangat." Ujar Elsa. Dia cuba untuk menghalang Anna daripada tidur dengannya.

Anna mencebik.

"Alaa... boleh la... saya tak tidur buas la.. lagipun saya nak jaga kakak juga. Mana la tau putera tu masuk dalam bilik kakak dan apa-apakan kakak ke?" Anna cuba untuk memberi teori supaya Elsa membenarkan dia tidur bersamanya.

Elsa tergelak kecil.

"Hahaha.. apa yang kamu mengarut ni, Anna? Kalau dia buat macam tu pun, akak boleh bekukan dia." Jawab Elsa lalu mengeluarkan sedikit ais dari tangannya.

"Dia pun ada kuasa ais." Balas Anna.

Elsa terdiam. Langkahnya terhenti.

Hermm.. betul jugak.. tapi, benda tu aku tak risau. Aku cuma risau dia akan tahu tentang mimpi aku.

"Tak apa. Nanti kakak jeritlah nama kamu. ANNAAAAA!!! Kakak jerit kuat-kuat macam tu. Alaa.. bilik kamu dengan kakak bukan jauh pun... sebelah menyebelah jer." Elsa tetap dengan pendiriannya.

"Kalau saya tidur mati macam mana? Sampai tak dengar jeritan kakak. Alaa.. boleh la... please.. malam ni jer... Pleaseeeee..." Anna meleretkan suaranya. Dia memeluk lengan Elsa.

Elsa terdiam. Dia mengeluh kecil.

Kesian pulak aku tengok dia. Hermm.. rasanya boleh kut. Lagipun dia jenis tidur mati. Jadi, dia pasti tak tahu. Malam ni jer..

"Yer la..." putus Elsa akhirnya.

Terus sahaja mata Anna bersinar-sinar.

"Yeay! Wuhuu!!" Anna bersorak gembira.

Elsa pula hanya tergelak kecil.

Kemudian, mereka berdua terus mengorak langkah ke bilik Elsa.

***

Anna tersedar dari tidur apabila merasakan tekaknya haus.

Dia bingkas turun dari katil dan menuju ke dapur untuk mencari minuman.

Sebaik sahaja dia tiba di hadapan bilik tetamu yang didiami oleh Jack, dia terdengar satu suara.

Automatik langkahnya terhenti.

Anna melekatkan telinganya pada pintu.

Selepas beberapa minit, dia tersentak.

Anna menekup mulut. Dia menjauhkan diri dari bilik tersebut dan terus berlari kembali ke bilik untuk memberitahu Elsa apa yang didengarinya tadi.

Sebaik tiba di bilik, Anna terkejut.

Seluruh bilik Elsa itu dipandangnya dengan riak tidak percaya.

"Bilik Elsa..... beku????" Lantas dia mendapatkan Elsa.

Dilihatnya Elsa meracau-racau teruk. Dahi kakaknya itu berpeluh.

"Tak! Tolong jangan bunuh dia! Jangan bunuh adik saya! Please!" Racau Elsa.

Anna terkejut.

Segera dia mengejutkan Elsa.

"Kakak! Kakak! Bangun kakak!" Dia menggoncangkan sedikit badan Elsa.

Elsa tersedar.

Nafasnya tercungap-cungap.

Dia memandang biliknya.

Beku lagi???

"Kakak.. Kakak okay tak? Kakak meracau teruk." Soal Anna, risau.

Tanpa menjawab soalan Anna.. Elsa memeluk adiknya itu.

Anna terkejut. Dia kehairanan.

"Anna.. kakak sayang kamu. Kakak tak nak kamu mati. Kakak tak nak ada orang apa-apakan kamu." Luah Elsa. Dia menangis tersedu-sedan. Anna terkedu.

"Elsa, what's wrong?" Soal Anna.

Elsa melepaskan pelukannya.

"I'm sorry because keeping this secret from you." Elsa tunduk memandang jarinya.

"It's okay." Balas Anna.

"Sebenarnya, sudah dua minggu kakak mengalami mimpi buruk yang sama." Elsa mula bercerita.

"Ouhh.. itu teruk. Apa yang akak mimpikan?" Soal Anna ingin tahu.

Elsa terdiam. Mulutnya terkunci.

"Okay. Tak apa kalau kakak tak cakap. Anna tak paksa.."

Elsa mengeluh berat.

"Kakak mimpi kamu kena bunuh...." cerita Elsa akhirnya.

Anna terkejut.

What??

#To Be Continue..

[✔]FROZEN NIGHTMAREWhere stories live. Discover now