Anna termenung sendirian di taman. Kepalanya sibuk berfikir akan sesuatu. Menurut kalendar, hari khamis depan merupakan satu hari yang istimewa buat seseorang, iaitu hari jadi Elsa.
Fikirannya bercelaru kerana memikirkan apa yang dia harus lakukan bagi memeriahkan majlis tersebut.
Dia menghasilkan satu bebola salji lalu dibalingnya pada tembok.
Ya, sejak peristiwa itu, dia dapat menghasilkan ais sama seperti Elsa tetapi itu hanya terjadi apabila dia memakai rantai ais tersebut.
"Apa yang aku kena buat eh? Birthday dia tinggal 5 hari jer lagi." Gumamnya sendirian. Lalu lagi satu bola salji dibalingnya pada tembok.
Dia mengeluh berat.
"Arghh.. no matter how, I must to make sure that Elsa will get one perfect birthday." Dia menggenggam penumbuk lalu mengorak langkah ke biliknya.
***
Selepas bermacam-macam persiapan dan beberapa hari berlalu, akhirnya.. tibalah jua hari yang dinanti-nantikan oleh Anna.
Pagi itu, dia bangun awal dari biasa. Lantas dia menyiapkan apa yang patut sebelum Elsa terjaga dari tidurnya.
Dia segera ke taman untuk melihat persiapan hari jadi Elsa itu.
"Mr.Brooke.. Kek dah siap?" Soal Anna kepada Mr.Brooke apabila dia terserempak dengan lelaki itu.
"Ahh.. dah siap, tuanku." Jawab Mr.Brooke sambil tersenyum manis.
"Okay, great! Lepas ni, bawa pergi ke taman. Ingat, jangan bagi Elsa tahu." Pesan Anna lalu beredar pergi.
"Okay, your highness."
Sebaik tiba di taman, kawasan taman itu diperhatinya. Dia memeluk tubuh.
"Hermm.. rasanya masih ada yang kurang." Jari telunjuknya diketuk beberapa kali pada dagu runcingnya.
"Ahah!" Anna menghalakan tangannya ke arah pokok-pokok yang terdapat dalam taman itu lalu menyemburkan salji putih ke arah pokok-pokok tersebut.
Serta-merta pokok-pokok di taman itu bertukar menjadi putih.
Sungai kecil yang berada di dalam taman itu juga dibekukannya lalu dia menghasilkan beberapa ekor swan ais.
Anna menepuk tangan.
''Perfect!"
Dia tersenyum lebar.
Aku yakin yang hari jadi Elsa kali ni akan jadi hari jadi yang terbaik dalam hidup dia.
Tiba-tiba, Anna merasakan kepalanya berdenyut-denyut.
Matanya berpinar-pinar.
Dia memegang kepalanya.
"Kenapa dengan aku ni?"
***
Elsa mengeluh kecil.
Wajah mama dan papanya yang berada dalam frame gambar itu disentuhnya lembut.
"Mama.. papa.. hari ni hari jadi Elsa.. I'm officially 20 years old now. Mama dan papa ingat tak? Dulu, mama dan papa selalu bagi Elsa hadiah. Dan Elsa masih lagi simpan hadiah-hadiah tu."
Elsa tersenyum.
Air matanya bergenang.
Lantas frame itu dibawanya ke dada dan terus dipeluknya erat.
"I miss you guys so much..." Luahnya bersama tangisan.
Entah mengapa dia merasa rindu yang amat pada kedua-dua mendiang mama dan papanya. Rindu hendak menyambut hari jadi sama-sama.
YOU ARE READING
[✔]FROZEN NIGHTMARE
FantasyElsa merupakan permaisuri termuda Kerajaan Arendelle yang mempunyai kuasa ais sejak lahir. Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia ketika berlayar dalam ribut ketika dia masih remaja. Yang hanya dia ada ialah satu-satunya adik perempuan kesayang...