PSYCHO

333 33 13
                                    

Keesokannya, Elsa tersedar awal dari tidurnya.

Ada benda yang membuatnya pelik. Dia tidak bermimpi buruk ketika tidur semalam.

Untuk menenangkan fikirannya yang bercelaru, dia mengambil keputusan untuk duduk sebentar di taman ais di hadapan biliknya.

Sedang dia sibuk melayan perasaan, Jack datang menghampiri.

"Aihh... awal bangun." Tegur Jack.

Elsa terkejut lalu menoleh.

"Ouhh.. awak rupanya Jack. Saya ingat siapa tadi."

Jack tersengih.

"Boleh saya duduk?" Soal Jack.

Elsa tersenyum lalu mengangguk.

Tanpa membuang masa, Jack mengambil tempat di sebelah Elsa.

"Err.. Elsa.. boleh tak awak sambung cerita semalam?" Soal Jack.

"Ouhhh... cerita semalam eh? Boleh.. tapi.. dekat mana dah semalam??" Elsa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih janggal.

Jack tergelak kecil melihat reaksi comel Elsa itu.

"Awak dah balik Arendelle." Jawab Jack.

"Ouhh... haah la.. okay... lepas saya balik ke Arendelle, saya tetap tak tahu cara macam mana nak pulihkan keadaan kat sana. Macam-macam cara saya cuba tapi tetap gagal. Saya kecewa dengan diri sendiri sebab membahayakan kesalamatan dan kesihatan penduduk-penduduk Arendelle. Saya pernah cuba untuk bunuh diri dekat taman dengan mengelar leher saya. Sebab saya fikir, jika saya mati, keadaan akan kembali pulih. Tapi, Anna sempat menahan saya. Tapi, serpihan ais yang saya guna untuk kelar leher saya tu terkena sedikit leher saya. Sakit la jugak. Tapi tak sesakit hati saya dekat diri sendiri sebab tak dapat pulihkan Arendelle." Elsa berhenti bercerita. Dia mendongak memandang ke langit.

"Saya marah Anna sebab halang saya dan dia juga marah saya sebab cuba untuk buat tindakan bodoh. Anna tetap cakap, pasti ada cara untuk pulihkan keadaan Arendelle. Tapi, saya tetap dengan pendirian saya. Kami bergaduh besar. Tiba-tiba, muncul ribut salji dekat taman dan semasa saya tengking Anna, tiba-tiba salji-salji tu bertukar menjadi ais dan tepat mengena ke hati Anna. Saya fikir ia tak teruk sangat. Jadi, saya tinggalkan dia keseorangan di situ." Elsa memberhentikan ceritanya. Dia memandang tepat pada wajah Jack.

"Nak saya sambung ke?" Soalnya. Jack mengangguk laju.

"Haha.. okay. Malam tu, saya rasa menyesal dekat apa yang saya dah buat dekat dia. Jadi, saya pergi ke bilik dia untuk minta maaf. Terkejut saya bila tengok Anna seperti kesejukan. Rambutnya memutih. Tangannya membeku. Masa tu, saya baru teringat kata-kata trolls.. ais saya tidak boleh mengena pada hati Anna sebab nanti buruk padahnya. Saya mula menangis. Saya peluk Anna dan mintak maaf. Anna tersenyum. Anna maafkan saya. Dan sebaik saja dia ucap 'I love you..', dia membeku sepenuhnya. Saya menangis lagi. Masa tu, saya rasa saya manusia yang paling kejam. Tapi, tiba-tiba... Anna mula kembali normal... dia tak lagi membeku. Then, masa tu baru saya tahu... Cinta sejati dapat mencairkan semua beku tu. So, saya cuba untuk pulihkan kembali keadaan Arendelle and I did it. Arendelle kembali kepada normal. Rakyat jelata dapat terima kuasa saya. Sama juga dengan Anna.. sejak tu, kami hidup aman dan damai.. The End..." Elsa menepuk tangan sebagai penamat ceritanya.

Jack mengangguk faham.

"Perjalanan hidup yang sedih dan ada happy ending... tapi... ia akan berakhir dengan sad ending." Jack tersenyum sinis.

Elsa tersentak.

Dia menoleh memandang Jack.

"What do you mean?" Soal Elsa yang kehairanan.

"Well, Elsa. Saya ingat awak ni permaisuri yang bijak dan berani. Tapi rupanya awak ni bodoh dan penakut!" Jack mendekatkan wajahnya dengan wajah Elsa.

Elsa bingkas bangun.

"Jack! Saya..  saya tak faham... apa maksud awak??" Soal Elsa.

Jack tersenyum sinis.

"Nothing.. tapi, saya rasa awak kena sambung tidur balik. Sebab hari masih awal dan..." kata-kata Jack terhenti.

Elsa tertanya-tanya.

Tiba-tiba...

Buk!!!

Dia terbeliak. Belakang kepalanya sakit sekali. Matanya berpinar-pinar.

Perlahan-lahan dia rebah dihadapan Jack.

Jack tersenyum sinis.

Dia duduk bertinggung dihadapan Elsa.

"Jack... ke..kenapa?" Soal Elsa tersekat-sekat.

Sakit dikepalanya tidak terkata.

Dia dapat merasakan ada satu cairan hangat mengalir dari kepalanya hingga ke pipi.

Perlahan-lahan pandangannya menjadi kabur.

"Sleep tight, your highness." Itu la kata-kata terakhir yang didengarinya sebelum pandangannya menjadi gelap gelita.

Jack tersenyum sinis.

"Cepat, bawa dia pergi ke bilik tahanan. Dan lepas tu, bersihkan kesan darah ni." Arah Jack kepada seorang lelaki yang bertubuh tegap. Lelaki itulah yang memukuk belakang kepala Elsa tadi.

Lelaki itu mengangguk akur lalu mengikuti arahan Jack.

Jack tersenyum sinis. Dia memandang ke arah pintu bilik Anna.

"Well.. permaisuri dah tumban.. sekarang, kita uruskan puteri dia pulak." Dia tergelak jahat sebelum mengorak langkah ke arah dewan utama.

Di situ, kelihatan Permaisuri Salji sedang duduk di atas kerusinya.

"So.. how is it?" Soalnya.

"Seperti yang dirancang." Jawab Jack bersama muka selambanya.

Permaisuri itu tersenyum sinis.

"Nampaknya... rancangan balas dendam aku dah hampir berjaya.." ujarnya lalu tergelak jahat.

Seluruh dewan itu riuh dengan suara tawa.

Tawa bersama kejahatan...

#TO BE CONTINUE...

[✔]FROZEN NIGHTMAREWhere stories live. Discover now