Jumaat, 22 Dec 2017

69 3 0
                                    

🔸🔹🔹🙏🔹🔹🔸
Jumaat, 22 Dec 2017
HARI BIASA KHUSUS ADVEN III
Novena Natal hari ke-7

Bacaan Pertama
1Sam. 1:24-28

Bacaan Injil
Luk. 1:46-56

Maria berkata, "Hatiku menyanjung Tuhan; jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku, Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina! Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia, kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku. Sucilah nama-Nya. Dia merahmati orang yang menghormati-Nya, keturunan demi keturunan. Dengan tangan-Nya yang berkuasa Dia mencerai-beraikan mereka yang sombong, dan mengacaukan rancangan mereka. Dia menurunkan rahmat dari taktha lalu meninggikan orang hina. Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik, tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan. Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita; Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya. Dia tidak lupa merahmati Abraham dan keturunannya selama-lamanya!" Maria tinggal bersama Elizabeth kira-kira tiga bulan lamanya, lalu pulang ke rumah.

  🔹🔸🔸🔸🔸🔸🔸 
Renungan Singkat

Ada satu keluarga yang menantikan kelahiran anak pertama mereka. Setelah 14 tahun berusaha, novena, dan mengembangkan pola hidup sihat serta berkonsultasi/meminta nasihat dengan doktor, akhirnya Tuhan memberikan mereka seorang puteri cantik. Saat pembaptisan, ayah dan ibu anak itu berkata, "Pastor, terima kasih atas pembaptisan puteri kami. Ini pemberian Tuhan, kami mempersembahkan kepada Tuhan. Terserah Tuhan mahu memakainya untuk tugas apa, yang penting ia bertumbuh dan semoga hidupnya di masa depan berguna untuk Kemuliaan Tuhan."

Hana di usia lanjut menghabiskan waktunya​ untuk berdoa meminta seorang anak lelaki. Doa Hana didengarkan Tuhan. Di atas semuanya Hana menegaskan bahawa semua yang kita miliki sesungguhnya adalah milik Allah, kerana itu bersyukur dan mempersembahkan kembali semuanya untuk kemuliaan Allah adalah pilihan sikap iman yang tepat. Kerana tanpa Allah kita bukan siapa-siapa.

Bersyukur dalam hidup atas apa yang telah terjadi dan yang kita terima dari Allah merupakan pilihan sikap iman yang baik untuk dilakukan.* Bunda Maria menyedari bahawa dia adalah perampuan sederhana dari desa kecil di Nazareth. Kerana itu, dia bersyukur atas apa yang sedang terjadi pada dirinya sebagai belas kasih dan kemurahan hati Allah semata. Bunda Maria tidak henti-hentinya memulaikan kebesaran Allah, *"Jiwaku menyanjung Tuhan; jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku" (Luk. 1:46).* Ungkapan syukur dan nyanyian pujian Maria merupakan bahagian pernyataan kerendahan hati dan iman Maria dihadapan Allah. Semoga apa yang dilakukan Hana dan Bunda Maria dapat menginsfirasi kita semua untuk selalu bersyukur dan memuliakan Allah dalam setiap peristiwa hidup.

🙏 Doa🙏

Ya Tuhan, ajarlah aku agar selalu mampu mensyukuri segala peristiwa hidup. Rahmatilah hatiku agar selalu menyedari belas kasih dan kemurahan hati-Mu dalam perjalanan dan seluruh perjuangan hidupku. Amin_

RENUNGAN ALKITAB Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang