Mutiara Iman
💎💎💎💎💎HARI BIASA KHUSUS ADVEN III
Novena Natal hari ke-7"JIWAKU MENYANJUNG TUHAN; JIWAKU BERSUKACITA KERANA ALLAH PENYELAMATKU"
(Luk. 1: 46)Maria berkata, "Hatiku menyanjung Tuhan; jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku, Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina! Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia, kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku. Sucilah nama-Nya. Dia merahmati orang yang menghormati-Nya, keturunan demi keturunan. Dengan tangan-Nya yang berkuasa Dia mencerai-beraikan mereka yang sombong, dan mengacaukan rancangan mereka. Dia menurunkan rahmat dari taktha lalu meninggikan orang hina. Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik, tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan. Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita; Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya. Dia tidak lupa merahmati Abraham dan keturunannya selama-lamanya!" Maria tinggal bersama Elizabeth kira-kira tiga bulan lamanya, lalu pulang ke rumah.
(Luk. 1:46-56)
Terhadap karya Allah yang besar bagi umat manusia, Maria dalam kesedarannya sebagai seorang manusia memuji dan memuliakan Allah dengan melambungkan kidungnya. Ia menyedari bahawa karya Agung itu bukanlah karyanya tetapi karya Allah. Dia hanya dipakai Allah untuk melaksanakan rencana dan kehendak-Nya.
Namun hal yang menarik ialah Maria tidak menjadi sombong kerana semua itu. Ia tetap mengerti bahawa yang menjadi arah dan tujuan Allah itu adalah Keselamatan umat manusia. Maka, ia pun menyebut segala bangsa dan setiap orang akan tetap memuji dan memuliakan Allah.
Kalau kita mendapat kesempatan untuk memuliakan dan memuji Allah, bukan kita saja yang berbahagia, tetapi jesteru semua orang akan bahagia dan Allah sungguh akan bahagia. Dunia akan menjadi tenang dan damai serta Allah akan menjadi Raja selamanya. Mahukahkita bersikap seperti Bunda Maria?
Have a blessed Friday
🌹💙💙💙💙💙💙🌹
KAMU SEDANG MEMBACA
RENUNGAN ALKITAB
SpiritualKalau mau cari Tuhan, sekaranglah waktunya! Jangan ditunda-tunda! Siapa hayo yang sering tunda" your quality time with God? 😄 Maksudnya siapa yang sering tunda" untuk saat teduh, baca alkitab, dan berdoa? Hayoooo di antara kita pasti pernah ada ras...