Aku gelar kisah ini teman lebih gula kerana bagi aku terlalu manis untuk dikisahkan. Tak tahu pula bagi kau tidak. Kisahnya apabila mereka sentiasa saling menemani antara satu sama lain. Setiap doa pasti terpalit juga nama yang sentiasa ada disamping mereka. Daripada rupa paras bagaikan primadona dunia hingga hari ini wajahnya juga mula melihat akan kelanjutan usianya namun masih punya hati yang sama. Mereka bertemankan sayang dan kasih yang takkan punya penghujungnya. Kau nangis, meh sini aku lapkan air mata itu. Kau jatuh, meh sini aku capai tangan kau, bangun. Kau marah, meh sini aku marah balik hahahahahaha. Hey, jadi teman lebih gula aku sampai mati?
YOU ARE READING
fatamorgana
PoetryMungkin aku terlalu giat menghadirkan tinta pada secarik kertas, sehingga ia tumpah dan memenuhi seluruh bahagian. Tanpa kusedari bahawa tak ada lagi celah untuk aku menulis.