Begitu sahaja, tanpa sepatah kata pun dia menghilang. Tiada jejak ataupun kata selamat tinggal. Yang ada hanya sisa pesan tak berbalas dan tak pernah ingin dibalas. Aku selalu merelakan pemergianmu, aku selalu menunggu di balik pintu pintu yang tidak pernah kamu buka dengan tanganmu. Aku hanya melakukan apa yang aku mahu lakukan; mencintaimu semahuku. Tapi ternyata kamu juga melakukan apa yang ingin kamu lakukan; membahagiakan diri kamu sendiri dengan atau tanpaku.
YOU ARE READING
fatamorgana
PoetryMungkin aku terlalu giat menghadirkan tinta pada secarik kertas, sehingga ia tumpah dan memenuhi seluruh bahagian. Tanpa kusedari bahawa tak ada lagi celah untuk aku menulis.