Apa yang harus kita pikul sebagai tanggungjawab? Dari cemas dan ragu tanda tanya kita dirikan. Dengan lengan yang cuma dua, berusaha kita jawab dan peluk semua yang masih ada, yang masih mungkin. Pada malam seperti biasa, kau dan aku akan pergi tidur. Dengan sisa sisa tenaga, berusaha kita susun kembali keping keping diri yang berserakan sepanjang jalan sepanjang hari. Setiap datang pagi, setiap kali bangun, tak semestinya tak sekadar menjadi tua.
YOU ARE READING
fatamorgana
PoetryMungkin aku terlalu giat menghadirkan tinta pada secarik kertas, sehingga ia tumpah dan memenuhi seluruh bahagian. Tanpa kusedari bahawa tak ada lagi celah untuk aku menulis.