jejaka impian

143 7 0
                                    

Aku gelar dia jejaka impian. Kerana pernah suatu ketika aku bertemu dengannya dimana jika dilihat raut wajahnya begitu menyenangkan ladang hati yang penuh dengan ribu parut luka. Dia senyum dengan tenang. Satu das tembakan tepat masuk dalam hati yang paling dalam dimana akan aku simpan senyum itu. Aku mendongak ke langit mencari dia. Rupanya aku lihat dia sudah terbang bertemu impian yang dicari selama ini. Dia berjaya mencipta bahagia yang selama ini diimpikan. Aku? Masih lagi sama tidak akan berubah, masih memberi kamu satu doa yang tak mungkin terputus. Tak mengapa, Allah; penguat semangat ketika diri futur pada tahap sifar.
Selamat tinggal, jejaka impian.

fatamorganaWhere stories live. Discover now