Aku suka belon air. Belon belon air yang aku tiup itu kemudiannya akan terbang tinggi sampai di suatu saat sebiji belon air mencuri curi masuk ke dalam kornea mata. Dan di situ aku sedar dengan keperitan mata yang kuhadapi serta belon belon air kesayangan aku meletup tanpa sempat menggapai awan. Begitulah realitinya. Aku, punya hasrat setinggi langit namun punya usaha setinggi belon air. Ah payahnya fikiran.
YOU ARE READING
fatamorgana
PoetryMungkin aku terlalu giat menghadirkan tinta pada secarik kertas, sehingga ia tumpah dan memenuhi seluruh bahagian. Tanpa kusedari bahawa tak ada lagi celah untuk aku menulis.