Engkau

102 5 0
                                    

Kau perlu ingat, ini bukan usaha memikirkan rindu. Aku hanya sedang mengingati dirimu di sana, sambil menyedari bahawa tubuhku ada di sini, di tempat tidur ini, dengan dua mata yang menyanggah langit-langit kamar. Diam, tidak bergerak. Seumpama batu yang bernafas. Kau di sana, teramat jauh. Kau juga di sini, begitu dekat, begitu lekat. Di batu kepalaku, seumpama lumut. Hijau dengan tekstur yang berbulu dan rapuh. Tetapi melekat-lekat seperti baju basah di tubuh batu yang kuasa mengelupasnya, padahal sebenarnya kau ada di ruang dan waktu yang sama sekali berbeza.

fatamorganaWhere stories live. Discover now