01 - Mistake

25.9K 762 26
                                    

"Laura , bangun lah Laura !" Kejut Laila Maisara dengan kasar. Tubuh adiknya yang sedang lena tidur di sebelah di dalam kereta ditolak kasar kepala adiknya.

'TAPP'

Habis terhantuk kepala Laura Qaisara di cermin kereta. Terus terjaga dia dibuatnya.

"Sakitlah , Laila !!" Marahnya pada Laila Maisara.

"Dah sampai dah. Siapa suruh kau tidur." Balas Laila Maisara tanpa rasa bersalah.

Laura yang bengang , menolak kasar bahu kakaknya.

"Apa kau ni !?" Marah Laila.

"Kau yang start dulukan ? Macam tak boleh kejut elok-elok." Bebel Laura dengan geram.

Mereka berdua masing-masing merenung dan menjeling satu sama lain dengan geram. Tidak semena-mena seseorang melagakan kepala mereka.

"Ouchh !!" Adu Laura.

"Sakitlah !" Adu Laila.

"Along !!!" Teriak kuat mereka berdua dengan serentak ke arah abang mereka , Safwan Amin yang duduk di bahagian kerusi belakang Tesla Model X.

"Gaduh lagi along ikat korang berdua." Ugut Safwan Amin.

Terus diam mereka berdua.

Kereta Tesla Model X yang dipandu oleh ayah mereka , Tuan Amirul Syah tiba di hadapan lobi Empire Gold Resort.

"Dah sampai." Kata Tuan Amirul Syah kepada ahli keluarganya. Dia melihat dari cermin pandang belakang riak wajah puteri-puterinya yang tadinya masam kerana diugut abang mereka bertukar ceria sekelip mata.

"Waaa.. Ni ke hotelnya , bah ? Cantiknya !" Sorak Laura , matanya meliar melihat ke luar tingkap.

"Kan ? Hotel ni baru lagi. Kawan abah yang jemput bercuti ke sini." Terang Tuan Amirul Syah.

Tanpa menunggu anak-anaknya Tuan Amirul Syah melangkah keluar dari kereta terlebih dahulu bersama isterinya , Syarifah Aisara.

"Kau orang ni tak reti nak keluar ke ha ?" Soal Safwan Amin yang duduk di bahagian belakang kereta. Dia menjeling ke arah adik-adiknya.

Tidak sampai beberapa saat , pintu kereta di bahagian belakang dibuka oleh penyambut tetamu.

Laura dan Laila tersengih memandang ke arah abang sulung mereka. Yelah , selagi mereka tidak keluar , abang mereka juga tidak boleh melangkah keluar.

"Sorry , teruja sangat tengok view." Kata Laura sebelum melangkah keluar dari kereta.

Matanya bertembung dengan anak mata pekerja penyambut tetamu tanpa sengaja. Lelaki itu menghadiahkan dia senyuman dan dia hanya membalas dengan senyuman kecil. Terkedu dia melihat muka lelaki itu.

"Muka handsome tapi jadi penyambut tetamu ? Serius lah wey , pergi audition laa mana-mana , confirm laku." Bisik Laura dalam hati sepanjang dia memerhati pekerja itu.

"Laura , jom lah masuk. Kau terjegat apa lagi ?" tegur Laila yang sudah berada di muka pintu utama resort itu.

Laura langsung tidak sedar yang dia sudah termenung lama di muka pintu kereta. Buat malu sahaja ! Pekerja pun sudah selesai bawa keluar beg dari bonet kereta.

Baru sahaja dia melangkah masuk ke dalam lobby hotel , sekali lagi dia terkejut melihat tempat receptionist hotel ini.

Masuk sahaja , di hujung lobby sana. Mereka tidak ada tingkap untuk melihat permandang luar tetapi sebaliknya , mereka mengguna cermin lut sinar sebagai dinding. Menjadikan pelanggan yang datang 100% boleh lihat clear view.

Little PrincessWhere stories live. Discover now