53 - Honeymoon II

10K 466 11
                                    

Laura teruja betul hari ni bila Raiz katakan yang mereka akan bermain aktiviti sukan air di pantai. Dah lama betul tak main sukan air ni.

Tapi dia sumpah rasa macam nak masuk semula ke dalam bilik mereka.

Penumbuknya digenggam erat. Daripada tadi dia perhatikan je sekumpulan wanita yang terdiri daripada tiga orang wanita 20-an memerhati Raiz.

Tak habis-habis menggedik untuk mendapatkan perhatian Raiz. Mata tu ingat aku tak nampak ke ha ? Duk curi pandang laki orang.

Laura memusingkan matanya ke atas , menandakan dia meluat melihat tiga orang wanita itu. Sesekali keluhan geram dilepaskan.

"Someone is jealous.." Suara menyakat Raiz membuatkan api kemarahan Laura bertambah. Baik punya laki.

"Don't talk to me."

"Aikk ? La , sayang.. Tiga orang tu yang pandang Raiz kenapa pula sayang nak merajuk dengan Raiz ? Apa Raiz dah buat ?" Soal Raiz.

"Salah Raiz lah !" Marah Laura.

"Cuba sayang bagitahu Raiz , apa salah Raiz ?" Soal Raiz. Tidak boleh diterima langsung. Nak kata dia melayan , dia tak melayan pun.

Laura berbisik di telinga Raiz. "Siapa suruh Raiz handsome sangat ??"

Terus tak jadi nak marah. Alahai isteri aku buat lawak la pula. Raiz menarik kedua-dua belah tangan isterinya. Tak fasal-fasal mereka buat drama pujuk memujuk di tengah-tengah panas petang di tepi pantai ni.

Tangan Laura digenggam erat. "Sayang , biarkanlah sesiapa pun nak pandang saya ke nak ngurat saya ke apa sebab mata saya dah buta untuk nampak semua tu. Apa yang saya nampak hanyalah sayang saya seorang ni. Princess saya yang sorang ni , my one and only little princess." Ucap Raiz.

Tergelak Laura saat mendengar ucapan Raiz. Alahai berjiwang tak kena tempat , salah dia juga nak merajuk tak kena masa.

"Little princess ??? Bukan ke patutnya Queen ke cuz you're my king ?" Balas Laura.

"Tu akan difikirkan , buat masa ni little princess.." Balas Raiz.

"No !!"

"Yes , you're my little princess."

"I'm your wife." Bantah Laura.

"Yup, you're my wife and also my little princess. I have so many reasons why you're my little princess. Do you want to know ?" Soal Raiz sambil diangkatkan sebekah keningnya kepada Laura.

"Tak nak !!" Laura terus menutup kedua-dua belah telinganya sebelum berlalu ke kawasan ramai orang. Tergelak Raiz melihat reaksi Laura. Macam mana tak dipanggil 'Little Princess' sayang oii.

Baru sahaja dia hendak melangkah ke arah Laura , dia seperti dapat merasakan seseorang menyentuh bahunya.

"Hi." Tegur seseorang saat dia menoleh. Terkejut Raiz apabila tiga orang wanita itu menegurnya.

"Boleh tak saya nak pinjam telefon awak untuk call kawan kami , daripada tadi kami tunggu dia tak muncul-muncul. Risau laa." Kata salah seorang daripada mereka.

"Sorry , fon saya wife saya pegang. Saya minta diri dulu ya." Kata Raiz , dia terus berlalu pergi. Tu taktik ngurat lagi ke apa ? Lame nya. Komen Raiz dalam hati.

"Sayang !" Panggil Raiz.

Laura yang melihat Raiz berlari anak ke arahnya , memandang tanpa perasaan.

Tiba sahaja disebelah Laura. Raiz menggeletek tubuh Laura. Terkejut Laura , dia cuba mengelak tetapi Raiz tetap berjaya menggeleteknya , terkekek-kekek dia ketawa.

"Aarghhh !!! Stop laaa.." Rengek Laura.

"Nak merajuk lagi ke tak nak ?" Soal Raiz.

"Hmm.. Akan difikir- arghh !" Terjerit Laura saat pinggangnya dicucuk.

"Okay , okay dah tak merajuk." Akhirnya Laura mengalah. Kedua-dua belah tangannya diangkat tanda menyerah kalah. Raiz ketawa riang melihat reaksi Laura. Tubuh Laura dipeluk erat.

"Jom lah kita masuk bilik. Lain kali je kita main." Ajak Raiz.

"Alaaa tak nak." Tolak Laura.

Satu ciuman diberikan di dahi Laura. Terkejut Laura. "Raiz , kita kat luar ni." Tegur Laura. "Sopan lah sikit." Tegur Laura lagi.

"Jom lah masuk bilik." Ajak Raiz lagi.

"Tak-" Raiz mencium pipi kanan Laura.

"Raiz-" pipi kiri Laura pula diciumnya.

"Raiz kita dekat-" Laura perasan yang mata Raiz tertumpu pada bibirnya segera dia menutup bibirnya dengan tangannya menyebabkan Raiz mencium tapak tangannya.

"Fine , jom masuk bilik." Putus Laura. Terus pinggang Laura dipeluk erat oleh Raiz. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam villa mereka.

Sebaik sahaja pintu bilik mereka ditutup rapat laju sahaja Raiz meluru mendapatkan Laura. Tubuh Laura dipeluk erat , perlahan-lahan tangannya mendongakkan wajah Laura. Bibir Laura diperhatinya dengan geram. Nafasnya tidak teratur.
Perlahan-lahan dia mengucup lembut bibir Laura. Tangannya perlahan dialihkan ke belakang tengkuk Laura. Mereka berdua mula asyik dalam dunia mereka.


×××


"Sayang , bangun." Suara Raiz mengejutkan Laura yang masih terlena di atas katil.

Tubuh Laura menggeliat sedikit , saat matanya terbuka wajah Raiz dihadapannya.

"Penat ?" Soal Raiz. Satu kucupan lembut dihadiahkan di bibir Laura.

"Tak adalah sangat." Balas Laura. Laura bangun dari baringannya untuk duduk disebelah Raiz. Lengan Raiz dipeluk erat.

"Heyy kenapa ni ?" Soal Raiz.

"Malaslah nak mandi." Jawab Laura. Tergelak Raiz mendengar jawapan Laura.

"Jom , Raiz temankan sayang mandi." Kata Raiz. Tubuh Laura terus dicepungnya membuatkan Laura terjerit kecil. Mereka berdua masuk ke dalam bilik mandi bersama. Sesekali terdengar ketawa mereka.

Laura dan Raiz masing-masing begitu gembira dalam dunia mereka.

Mungkin itulah yang dikatakan Honeymoon. Kemana sahaja asyik melekat.

×××


Otak tu jangan kuning sangat , okayy 👌

Little PrincessWhere stories live. Discover now