11 - No Life

7.7K 630 9
                                    

3 Minggu Berlalu..

Laura menonton televisyen seorang diri di dalam biliknya. Sengaja dia biarkan biliknya dalam keadaan gelap. Tanpa ada orang disekelilingnya , dia memang menonton tanpa adab.

Sedap dia terbongkang di atas sofa yang terdapat di ruang rehat dalam biliknya. Ditambah lagi dengan keropok-keropok yang pelbagai perisa dan rasa.

Senang cerita , memang tak ubah macam orang tiada life !

"Tak handsome argh !!!" pekik Laura ketika wajah idols kesayangannya muncul di hadapan kamera.

Laura melepaskan keluhan berat.

"Kenapa semua nampak jambu gile ? Tak minat argh !" pekik Laura lagi. Walaupun mulutnya duk kutuk wajah-wajah idols yang dulu pernah menduduki tempat teratas di carta hatinya dia masih juga menghadap televisyen. Tiada langsung niat untuk menukar siaran lain.

Laura menghembus nafas berat. Dia melihat 'ultimate bias'-nya tanpa perasaan.

Entah macam mana sedang dia ralit melihat idol-nya tiba-tiba wajah idol-nya berubah menjadi wajah Raiz !

"Ra..RrrRaiz !!" pekiknya dengan tidak percaya. Dia menggosok-gosok matanya beberapa kali dan wajah idol-nya kembali seperti asal.

"Parah ! Ni angau tahap kronik !" luah Laura. Dia mengusutkan rambutnya dengan geram. Serabut !

"Sebab kau Raiz , aku pandang muka idols aku nak tak nak !" kata Laura dengan geram. Dia ketika itu sedang membayangkan Raiz yang berada di dalam telivisyen menggantikan idol-nya. Dia memandang wajah 'Raiz' dengan geramnya.

Penumbuknya digenggam kuat , dia meninju-ninju 'Raiz' yang berada di dalam televisyen dengan penuh geram.

"Ambik kau , ambik kau !!! Padan muka !! Eee.. Kau boleh gelak pula !? Yah ! Ambik kau !!" kata Laura bersama senyuman jahat dan teriakan penuh geram.

"LAURA QAISARA !!!" suara jeritan dari luar mengejutkan Laura dalam dunianya.

"Laila ? Kau nak apa !?" balas Laura , kerana malas hendak berjalan membuka pintu biliknya dia hanya menjerit sahaja dari tempatnya.

"Umi dan abah nak kau turun bawah sekarang !!" kata Laila.

"Okay !!"

Laura bangun dari baringnya dengan malas. Televisyen terus ditutupnya.

"Kenapa pula umi dengan abah nak aku turun ? Malaslah.." soalnya pada diri sendiri ketika menuruni anak tangganya.

Apabila tiba di ruang tamu , dia memandang ke arah Tuan Amirul dan Puan Aisara yang sedang berbual sesama mereka.

"Umi , abah nak apa panggil Laura ?" soalnya.

"Ha , turun pun ! Buat apa berkurung dalam bilik tu." bebel Puan Aisara. Laura melepaskan keluhan berat.

Dia mengambil tempat di ruang tamu. Dia menonton sahaja berita yang bersiaran dengan muka bosan.

"Laura , abah nak Laura masuk kerja dekat kilang coklat kita tu. Belajar dari bawah. Siapa lagi abah nak harapkan kalau bukan Laura ? Along dah ada kerjaya dia sebagai doktor , Laila pula nanti akan mula bekerja dengan pihak Astro." kata Tuan Amirul.

"Ya , Laura tahu."

"Jadi , abah nak lusa Laura pergi kilang." kata Tuan Amirul.

Dia betul-betul mengharapkan anaknya , Laura untuk meneruskan perniagaan keluarnya. Akan tiba masa nanti , Laura yang akan ambil alih perniagaan coklat mereka. Laura sahaja harapannya apabila anak-anaknya yang lain tidak mahu.

Perniagaan coklat ini perlu diteruskan untuk keturunan yang ke-4 , dan sehingga keturunan yang seterusnya.

Laura melepaskan keluhan berat. Dia tahu dia tidak boleh katakan tidak pada abahnya memandangkan abahnya sudah tiada waris lain selain dia.

Pada saat inilah dia mengharapkan yang dia akan ada adik !

"Lusa ? Tak ke cepat , ba ?" Soal Laura. Dalam hati dia sudah merengek-rengek tidak mahu kerja.

"Ha'a lah bang. Kan lusa abang kata Irfan ajak kita dinner sekali." Tegur Puan Aisara.

"Lupa pula. Laila tak ikut kan ?" Soal Tuan Amirul pada isterinya.

Laura tersenyum gembira mendengar perbualan umi dan abahnya. Macam dia tidak akan ke kerja je lusa nanti.

"Ha'a , Laila tak ikut. Laura , lusa ikut umi dan abah dinner dengan rakan abah." Puan Aisara mengeluarkan arahan kepada Laura. Mati terus senyuman Laura.

"Kalau Laura tak nak ikut juga ?"

"Laura , Laura nak buat dekat rumah ? Terperap je dalam bilik. Cuba bersosial sikit , kan nanti Laura juga yang akan uruskan perniagaan kita semua." Bebel Puan Aisara.

Laura melepaskan keluhan beratnya. Apalah nasib jadi anak bongsu ni !

"Umi , abah.. Mana boleh macam ni. Kenapa Along dengan Laila boleh jadi apa yang mereka nak jadi tapi Laura tak boleh ? Semua ni tak adil." Adu Laura.

Puan Aisara dan suaminya tersenyum sinis ke arah anak bongsu mereka.

"Laura rasa tak adil ? Ni , umi nak tanya.. Laura nak jadi apa kalau tak nak uruskan Sevennies ?" Soal Puan Aisara pada anak bongsu mereka.

Laura terdiam.

Dia cuba memikirkan cita-citanya selain uruskan perniagaan coklat , Sevennies.

"Tak ada kan ?" Perli Puan Aisara apabila lama mereka menantikan jawapan dari mulut anak mereka.

Laura mengeluh kuat.

"Alah , mi , bah. Laura tak nak.." Rengek Laura.

Tuan Amirul menggelengkan kepalanya. Keputusannya muktamad.

"Lusa , ikut abah dan umi. Berkenalan dengan keluarga kawan abah tu. Kawan abah tu kalau abah berbual dengan dia fasal bisnes , banyak ilmu dia. Walaupun dia muda dari abah tapi dia hebat." Cerita Tuan Amirul dengan kagum.

"Ayreen pun sama , bang. Kagum saya tengok suami isteri tu." balas Puan Aisara.

Laura melepaskan keluhan berat. Apalah nasib ikut serta perjumpaan ahli bisnes. Mati kebosananlah dia nanti !










🍉🍉🍉

Awak tak nak vote or comment ke wak ?

Bagilah sikit 'power' kat saya ? Hehehehe..

Ni lah chapter yang terkantoi sekejap 😂

Little PrincessWhere stories live. Discover now