47 - Hello

7.9K 528 99
                                    

Sebaik sahaja tiba di hospital , Laura terus dibawa masuk ke bilik x-ray. Tergamam Laura saat doktor katakan tulang pahanya retak.

Sampai macam tu sekali. Patutlah kakinya terlampau sakit sehinggakan nak berdiri pun tak boleh.

Sebaik sahaja nurse menolak katilnya ke dalam wadnya , terkejut Laura melihat kedatangan abah dan uminya.

"Umi .." Panggil Laura. Puan Aisara segera mendapatkan anak bongsunya. Tubuh Laura dipeluk erat , dahi dan wajah Laura dicium berkali-kali. Sukar untuk dia percaya bahawa anaknya sudah kembali. Dia melepaskan tangisannya di bahu Laura.

Tanpa perlu Laura menceritakan apa-apa kepada uminya , tangisannya sudah cukup untuk menceritakan kesengsaraannya.

"Umi..." Raung Laura. Air matanya bercucuran keluar. Laura dapat rasakan Puan Aisara mengusap lembut belakangnya. "Umi ada , abah pun ada Laura.." Pujuk Puan Aisara.

Lama Laura melepaskan tangisannya di bahu Puan Aisara. Pelukan direganggkan saat tangisannya berkurang. Laura memandang wajah Tuan Amirul , Tuan Amirul faham yang anak bongsu mahukannya segera dia mendekati katil anak bongsunya.

"Abah.." Kali ini Laura melepaskan tangisannya pada abahnya. Tuan Amirul memeluk tubuh Laura. Dia mencium dahi anak bongsunya. Menitis air matanya melihat anaknya selamat kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.

"Maafkan abah , sayang. Abah minta maaf sebab abah tak mampu nak tolong apa-apa selain berdoa supaya Laura selamat kembali kepada kami." Ucap Tuan Amirul dalam tangisannya.

Makin kuat tangisan Laura. Dia betul-betul rasa bertuah sekarang ini saat tubuhnya dipeluk oleh umi dan abahnya. Kemudian , disertai oleh Safwan dan Laila.

"Semua dah selamat , Laura. Kau rehat laa sekarang." Tegur Laila saat umi dan abah mereka pulang. Itu pun puas Laura dan Laila yakinkan kedua-dua orang tua mereka yang Laila sahaja sudah cukup untuk jaganya sakit dan semuanya akan selamat memandangkan Nadine berada dalam tahanan polis.

"Hmm.. Laila. Kau tahu tak macam mana keadaan Raiz ?" Soal Laura.

"Dia okay je." Balas Laila.

"Macam mana kau tahu ?" Soal Laura.

"Adalah.. Tadi masa kau tak masuk wad lagi , kami semua lawatlah Raiz dulu." Terang Laila.

Laura memandang tajam ke arah kakaknya. Cuba membaca riak wajah Laila.

"Kau tipu."

"Boleh tak kau rehat ?" Balas Laila.

"Kau bagitahu dulu macam mana keadaan Raiz sekarang." Desak Laura. Laila melepaskan keluhan berat.

"Boleh tak kau kisahkan badan kau yang sakit dulu tu ?" Soal Laila dengan geram.

"Laila !" Desak Laura lagi.

"Tadi masa kami tengok dia , dia dalam bilik bedah lagi." Akhirnya Laila terangkan juga perkara sebenar.

"Tadi tu bila ?" Soal Laura.

"Before kau masuk wad la.." Balas Laila. Laju mata Laura mencari jam. Dah hampir 3 jam.

"Laila , boleh tak kau tengok keadaan Raiz sekarang ? Dia dah kat wad ke ?" Pinta Laura.

"Okay , kau rehat lah erh." Balas Laila. "Apa-apahal , panggil nurse." Pesan Laila lagi.

"Alright."

Saat kelibat Laila hilang , Laura hanya mampu berdoa agar Raiz selamat. Raiz kena selamat.

Lama Laura menanti tetapi bayang Laila masih tidak kelihatan. "Mana minah ni ?" Soal Laura dengan tidak sabar.

Dia melihat ke arah jam.

Little PrincessWhere stories live. Discover now