10 - Move On

8K 611 13
                                    

👑 Bonus 👑

Laura membuka pintu biliknya sebaik sahaja bunyi loceng kedengaran. Laura tanpa sedar melepaskan keluhan kecil melihat lelaki yang berdiri di hadapannya.

"Selamat pagi , Cik Laura. Saya akan menggantikan Raiz untuk hari ini." Kata pekerja lelaki itu.

"Raiz pergi mana ?" Soal Laura.

"Dia ada hal kecemasan. Cik Laura nak pergi breakfast kan ?" Balas pekerja itu.

Laura mengangguk kecil. Dia menutup pintu chalet-nya dan melangkah ke arah buggy yang sudah menunggu di hadapan chalet-nya.

"Apa yang kau fikirkan Laura ? Raiz yang tekan loceng tadi ? Jangan haraplah , kau tengokkan semalam bertapa muka dia excited sangat nak jumpa minah Ain tu." Bisik Laura dalam hati.

"Cik Laura.."

"Cik Laura." Panggil pekerja itu beberapa kali.

"Ya ?" Balas Laura. Dia sendiri tidak sedar dia sudah mengelamun jauh.

"Kita dah sampai dewan makan." Kata  pekerja itu.

Laura mengangguk sedikit. Dia berjalan masuk ke dalam dewan makan untuk sarapan. Sengaja Laura memilih ruang makan yang tertutup.

Sumpah dia tidak boleh berlakon yang dia 'okay' sekarang.

"Cik Laura." panggil seseorang.

Laura menoleh memandang personal hoteliar-nya yang bertukar hari ini.

"Ya ?"

"Cik Laura nak saya ambilkan air ke ?! Soal pekerja itu.

Laura menggeleng.

"Saya rasa saya tak perlukan lagi personal hoteliar lagipun hari ni hari terakhir saya di sini. Tengah hari nanti saya balik saya call je minta buggy." Putus Laura.

"Tapi Cik Laura—"

"Saya akan bagitahu ayah saya untuk cancel-kan perkhidmatan personal hoteliar untuk hari ni. Awak boleh buat kerja awak seperti biasa." Putus Laura.

Lelaki tu mengangguk sedikit sebelum dia mula berlalu pergi meninggalkan Laura seorang diri di meja.

Laura melepaskan keluhan berat.

Raiz betul-betul tinggalkan dirinya. Kenapalah dia masih letakkan harapan pada Raiz sedangkan semalam Raiz terang-terang meninggalkannya di kedai makan tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya.

🍒🍒🍒

Laura menantikan ahli keluarganya yang lain di lobi hotel. Matanya tidak lari dari memerhati pantai yang berkelip-kelip dek kerana cahaya matahari.

"Laura." Tegur seseorang.

Dia menoleh untuk melihat gerangan yang dia sendiri tahu siapa. Laila berdiri di sebelah Laura. Wajah sedih adiknya dipandang lama.

"Kenapa ni ?" Soal Laila.

Laura melepaskan keluhan berat.

"Just tak ada mood."

"Sebab ?"

"Personal Hoteliar dia ambil emergency leave hari ni." Sapuk seseorang dari belakang mereka berdua. Safwan Amin tersenyum sinis ke arah Laura. Sedihlah tu tidak dapat lihat kekasih hati untuk hari terakhir.

Little PrincessWhere stories live. Discover now