45 - Bertemu

7.3K 494 33
                                    

♥ enjoy ♥


Raiz melepaskan keluhan berat. Setiap hari dia tidak pernah sekalipun boleh menarik nafas lega sejak Laura hilang. Pintu biliknya dikunci , dia tidak mahu sesiapa pun mengganggunya. Nak pula sejak dia tahu Arshad adalah bukan Arshad yang sebenar , tengok muka Arshad hanya membuatkan dia sakit hati sahaja.

Baru sahaja Raiz membaringkan tubuhnya ke atas katil , telefonnya berbunyi meminta untuk diangkat. Saat dilihat siapa si pemanggil , nombor private tentera.

Lambat-lambat dia menjawab panggilan itu , tidak lupa juga butang rekord ditekan.

"Hello." Tegurnya.

"Tengku Putra Raiz." Panggil suara dihujung sana.

"Apa kau nak ?" Soal Raiz.

"Apa kau lupa Laura masih ada dengan aku ?" Soal suara itu dengan sinis. Raiz mengetap kuat giginya , dia tahu tu tapi dia takkan membiarkan dirinya senang-senang masuk perangkap Nadine.

Tiba-tiba panggilan terputus. Raiz hairan , apa guna minah tu hubungi dia kalau setakat nak panggil nama dia ?

Tidak lama kemudian , telefonnya berbunyi semula. Kali ini secara face call. Teragak-agak untuk Raiz angkat panggilan itu. Dia memutuskan untuk angkat juga.

"Laura !!" Terkejut Raiz saat panggilan bersambung. Wajah Laura tiba-tiba muncul di dalam telefon. Mata Laura bengkak !

"Surprise !" Kedengaran suara Nadine bersorak.

"Apa kau dah buat dekat Laura ha !!?" Tengking Raiz.

"Aku denda dia. Tapi jangan risau. Aku takkan bunuh dia untuk masa terdekat ni." Balas Nadine. Dia merakam Laura dari jauh agar Raiz boleh melihat keadaan Laura.

Tergamam Raiz melihat tubuh Laura yang hanya berbalut pakaian dalam. Cepat-cepat dia menjauhkan telefonnya daripada wajahnya. Air matanya mengalir melihat keaadan Laura sebegitu sekali.

"Nadine , aku sanggup buat apa sahaja untuk kau tapi tolong lepaskan Laura." Rayu Raiz tanpa melihat telefonnya.

Kedengaran ketawa kuat di hujung sana.

"Datang sini tanpa polis." Arah Nadine.

Raiz melepaskan keluhan berat. Air matanya dikesat. Dia melihat semula telefonnya , kini wajah Nadine menjadi tatapan matanya.

"Tolong jaga maruah Laura. Tu je aku minta dari kau." Terus panggilan itu Raiz matikan terlebih dahulu. Dia menangis seorang diri di dalam bilik. Apa perlu dia buat ?

Setelah lama dia menyendiri dalam tangisan. Raiz melakukan solat sunat meminta Allah menenangkan jiwanya yang kacau serta permudahkan urusannya.

Raiz melangkah keluar dari biliknya dengan lemah. Dia berjalan ke dapur , secara tak sengaja berselisih dengan Key. "Kau okay tak Raiz ?" Tegur Key. Risau pula dia tengok muka pucat Raiz.

"Okay." Balas Raiz pendek.

"Kau nak keluar ke ?" Soal Key apabila perasan pakaian Raiz berbeza dengan pakaian biasanya ketika berada di rumah. Sejak kes Zarif sehingga sekarang , mereka masih lagi duduk satu bumbung. Keselamatan mereka masih lagi menjadi keutamaan pihak polis.

"Hmm..aku nak keluar." Balas Raiz.

"Tapikan kita semua tak boleh keluar." Tegur Key.

Raiz menoleh ke arah Arshad yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu. Tengok tv ke tengah ngintip perbualan aku ? Teka Raiz.

"Shad , aku nak keluar boleh ?" Soal Raiz.

"Kau nak keluar ? Pergi mana ? Qory mesti tak bagi." Balas Arshad.

Little PrincessWhere stories live. Discover now