Epilog

15.4K 570 74
                                    

Raiz merenung tajam ke arah anak ketiganya yang sedang duduk di sebelah Laura dengan muka bersahaja. Langsung tidak menunjukkan rasa takut. Degil ya amat !

"Papa tak setuju , Rayqal !" Bantah Raiz. Dia betul-betul tak setuju dengan idea anaknya yang ingin menjadi artis.

"Pa , please la pa. Kenapa pula tak boleh ??" Soal Rayqal dengan muka bosan.

"Kenapa Rayqal tanya ? Tahu tak banyak sangat berita buruk fasal artis tanah air ni papa dengar. Tak ada langsung yang baiknya. Semua berita negatif ! Takkan Rayqal nak bergaul dengan orang macam tu ?" Soal Raiz dengan serius kepada anaknya.

"Pa , tak semua artis macam tu." Bantah Rayqal.

"Enough ! Papa dah kata papa tak setuju , so Rayqal tak boleh jadi artis ! Fokus pada belajar , lepas habis belajar , belajar uruskan syarikat keluarga dengan abang. Cuba lah sekali tu dengar cakap papa. Semua ni for your own good jugak." Marah Raiz.

Laura bangun dari duduknya dan menghampiri Raiz. Dada Raiz diusap agar berkurang amarahnya sesekali wajah anak ketiganya , Tengku Hiz Rayqal dipandang.

"Rayqal , cuma kali ni jangan lawan cakap papa ? Kan selama ni apa semua Rayqal mintak mama dengan papa bagi je , cuba sekarang belajar dengar nasihat kami. Apa yang bagus sangat jadi artis ? Mama tengok banyak bawa benda negatif je." Tegur Laura secara lembut.

"Ma , mama sendiri tahukan Rayqal memang tak minat langsung nak belajar. Mama tengok kat luar sana , ada je orang yang kaya dapat duit hidup bahagia dengan buat video viral , terus meletup ma hidup dia." Cerita Rayqal.

Raiz menaik nafas panjang mendengar kata-kata anaknya. Apa nak jadi lah anak dia yang seorang ni.

"Sekarang ni nak buat duit senang ma , tak perlu pun nak belajar tinggi tinggi. Ma tahu tak artis , ada yang spm pun tak ambil tau. Hidup dia senang lenang so apa guna papa bazirkan duit untuk Rayqal belajar ? Pa , kat luar sana tu ramai je budak graduate yang menganggur !" Kata Rayqal lagi.

"Rayqal , enough with your stupid statement ! Ma , pa , biar angah je uruskan budak ni." Suara anak kedua mereka menyapuk menyelamatkan keadaan , Tengku Hiz Lisya. Lisya mendekati adiknya , telinga Rayqal dipulas sekuat hati dan menariknya agar mengikut langkahnya.

"Aarghh !! Sakit lahh !!" Adu Rayqal.

"Jangan banyak bunyi ikut je !" Marah Lisya , makin kuat telinga adiknya dipulas.

"Apa nak jadi dengan kau ha !?" Tengking Lisya saat mereka masuk ke dalam bilik bacaan. Pintu bilik juga sudah ditutup rapat.

"Aku nak jadi artis pun salah ke ? Lagipun aku dah audition and aku diterima." Kata Rayqal.

"Result spm kau tak adalah teruk mana ? Nak kata keluarga kita ni sengkek tak adalah , setakat nak hantar kau masuk ke mana-mana u swasta boleh je , alah berapa sangat lah duit yang keluar untuk kau belajar." Kata Lisya.

"Aku decide aku tak nak belajar." Kata Rayqal saat kakaknya habis bercakap.

"Habis kau nak jadi manusia tak berilmu ? Jadi artis setakat lepasan spm ?" Soal Lisya.

"Hello , kak. Kat luar sana -"

"Shhh shhh !!! Tak payah nak cerita , aku dah dengar apa kau cakap dengan mama dan papa." Potong Lisya , dengan geram Lisya menyekeh kepala adiknya.

"Ouch ! Apa ni ngah !?" Marah Rayqal.

"Kau tahu tak aku pantang betul dengan orang yang menghina ilmu dan kesungguhan orang yang belajar tinggi tinggi. Kau , aku tahu kau nak jadi artis. Aku tahu nak jadi artis tak perlukan apa-apa sijil just perlukan bakat dan rupa. Tapi kau tak boleh lah bandingkan rezeki orang. Lain-lain orang, berbeza lah rezeki dia." Tegur Lisya.

Little PrincessWhere stories live. Discover now