05 - Kasut

9.1K 528 24
                                    

Ketika Laura dan Raiz leka berbual-bual kosong. Ahli keluarga Laura yang lain mula mendekati mereke berdua.

"Assalamualaikum. Sayang umi , rindu umi tak ?" tegur Puan Syarifah Aisara. Serentak Laura dan Raiz berpaling ke arah pemilik suara itu.

"Waalaikumussalam" jawab mereka berdua serentak.

"Umi , mestilah rindu !" balas Laura. Dia bangun dan mencium tangan Puan Syarifah Aisara dan juga abahnya , Tuan Amirul Syah.

Raiz juga turut menyalam tangan Tuan Amirul Syah.

"Awal Laura keluar breakfast hari ni ?" soal Tuan Amirul Syah.

"Nak buat macam mana , ada staff tu terlebih rajin." perli Laura secara terang-terangan. Terus hilang senyuman Raiz.

"Bagus lah tu." tuan Amirul Syah membalas dengan memuji Raiz. Terus tersenyum Raiz mendengarnya.

"Dah lah , umi dan abah nak makan. Nanti Laura balik bilik hati-hati. Jaga anak uncle elok-elok ya-" kata-kata Tuan Amirul Syah tersangkut , dia memberi isyarat tangan ke arah Raiz.

"Raiz." balas Raiz.

"Raiz , jaga Laura elok-elok ya." kata Tuan Amirul Syah lagi sekali. Dia dan isterinya kemudian berlalu pergi.

"Lepas ni , along join jungle trekking. Laura nak join tak ?" soal Safwan Amin sebaik sahaja umi dan abah mereka berlalu pergi.

"Tak ada kasut lah , long." balas Laura.

"Alaa , along join seorang lah ni ? Laila pun tak nak join." cerita Safwan Amin dengan sedih.

"Sorry.." ucap Laura.

"Tak apalah. Dah lah , along nak makan lapar. Kau orang berdua sambunglah makan." kata Safwan Amin sebelum dia berlalu pergi.

Laura kembali duduk di kerusinya. Air coklat panas dihirup sedikit.

"Patut ke saya join ?" soal Laura pada Raiz.

"Sebenarnya , saya dah bagi nama cik Laura untuk slot pukul 2.00 petang sampai pukul 4.00 petang." jujur Raiz.

"Awak dah bagi nama saya ?" soal Laura dengan sedikit terkejut. Terbuntang matanya.

"Dah , Cik Laura. Sebelum saya masuk breakfast." balas Raiz.

"Awak tak bagitahu saya pun." kata Laura dengan nada kecewa.

"Cik Laura kata cik Laura tak boleh join sebab tak ada kasut. Maknanya kasut je lah masalah dia kan ? Nanti saya beli kasut untuk cik Laura so Cik Laura dah ada kasut." terang Raiz lagi.

"Bila awak nak beli ?" soal Laura.

"Lepas ni , saya keluar dari resort saya belikan lah." jawab Raiz.

"Tanpa saya ?" soal Laura lagi.

"Cik kan dah cakap saiz cik." jawab Raiz.

"Saya ikut nanti." kata Laura muktamad.

"Betul ke cik nak ikut ?" soal Raiz dengan tidak percaya.

"Betulah , tapi awak belanja. Awak yang beria nak saya masuk jungle trekking-kan ?" kata Laura pada Raiz. Dia memandang Raiz untuk melihat reaksi lelaki itu.

"Okay , no hal !" balas Raiz bersama senyuman lebarnya.

🍎🍎🍎

'DINGG DONGG DINGG DONGG'

Bunyi loceng menandakan Raiz sudah tiba di chalet-nya. Laura berjalan untuk membuka pintu biliknya. Dia melihat imej-nya untuk kali terakhir di hadapan cermin penuh.

Little PrincessWhere stories live. Discover now