32 - Kisah

8.1K 502 42
                                    

Laura , 16 tahun.

Laura melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah Nadine Zahira. Berderet-deret kereta di luar dan dalam perkarangan rumah ini. Semua orang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah Dato' Nazmi , papa Nadine.

Terkejut Laura ketika tiba di rumah Nadine. Dia melihat sendiri Nadine diusir dari rumahnya sendiri.

"Nadine !" Laura berlari untuk mendapatkan Nadine yang jatuh tersungkur di hadapan mamanya bersama tangisan pilu.

Nadine bangun semula dan memaut kaki mamanya , tetapi mamanya menendangnya agar Nadine tidak memeluk kakinya.

"Kau jangan muncul depan aku lagi ! Sebabkan kau , suami aku mati !!" Jerit Datin Anita , mama Nadine. Laura melihat kedua-dua beranak itu , masing-masing menangis pilu. Masing-masing terluka.

Laura segera mendapatkan tubuh Nadine. "Bangun , Nadine." Kata Laura pada Nadine. Perlahan-lahan tubuh Nadine dibantunya untuk bangun.

"Ma , Nadine tak ada sesiapa melainkan mama je sekarang. Please jangan buat Nadine macam ni." Rayu Nadine dengan air mata yang bercucuran.

"Masa kau buat tu apa kau tak fikir fasal kami ?" Soal Datin Anita , wajahnya anaknya dipandang kosong.
"Nadine minta maaf , ma ! Jangan buat Nadine macam ni ma." Rayu Nadine.

Datin Anita memandang ke arah Nadine. Lama.

"Bagi aku masa untuk tenangkan fikiran aku. Kau duduk lah dekat rumah kawan kau."kata Datin Anita dengan lemah. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Mama !! Mama jangan buat Nadine macam ni ma !!!" Raung Nadine sekuat hati. Saat dia ingin masuk ke dalam rumah , tubuhnya ditahan oleh beberapa orang.

"Berikan Datin masa , cik Nadine. Saya tak tahu apa punca dia , tapi bagilah Datin masa." Tegur seseorang.

"Kau tak payah nak semak dalam masalah keluarga aku !!" Tengking Nadine , dia terus berlari masuk untuk mendapatkan mamanya. Laura turut ikut sama.

"Ma.." Panggil Nadine. Datin Anita yang baru sahaja ingin naik ke biliknya tidak jadi saat dia dipanggil oleh Nadine. Dia terlalu penat. Wajah anaknya dipandang.

"Kalau Nadine sayang mama , tolong bagi mama ruang , Nadine. Just take care of yourself." Kata Datin Anita dalam nada merayu. Dia terlalu penat untuk semua ni. Dia merasakan semua ini berlalu dengan sangat pantas dalam dua hari ini. Masalah Nadinenya dan suaminya mati mengejut. Semuanya terlalu cepat !

"Ma , Nadine minta maaf." Rayu Nadine. Saat dia ingin menghampiri Datin Anita , Datin Anita segera memberi isyarat kepadanya agar berhenti mendekatinya.

"I need a space , Nadine. Mama merayu dengan Nadine." Pinta Datin Anita dengan lemah. Nadine hanya mampu meraung di situ. Dia memandang mamanya yang memanjat tangga dengan lemah.

Saat itu Nadine dapat rasakan satu usapan lembut di bahunya. Apabila dia menoleh , Laura berada di sisinya. Tubuh Laura dipeluknya erat.

"Nadine , jom rehat dekat rumah aku." Ajak Laura. Nadine tidak menolak.

×××

Sebulan selepas kematian papa Nadine , tidak sekalipun Nadine membuka cerita mengenai papanya. Masa Nadine banyak dihabiskan di club dan balik sahaja daripada club mesti Nadine akan dalam keadaan mabuk.

Nasib baik lah saat mereka balik , semua orang di dalam rumah Laura sudah nyenyak tidur.

Hari ini , mereka sekali lagi pergi ke club macam biasa. Laura tersenyum senang saat tubuhnya dibelai oleh mangsa barunya. Tiba-tiba lelaki itu menarik tanganya ke ruang dansa. Laura tidak menolak.

Little PrincessWhere stories live. Discover now