28 - Pujuk

8.5K 514 35
                                    

"Saya minta maaf." Ucap Raiz.

Dia memandang sahaja gadis yang bercermin mata bingkai besar itu berlalu pergi. Raiz melepaskan keluhan berat.

Dia pasti itu Laura. Dia tak bodoh lah sampai boleh tak cam Laura even Laura berpakaian macam tu. Hilang terus karakter Laura yang dia kenal.

Sudah sebulan dia sedar itu Laura.

Sebulan lamanya tetapi dia berdiam diri saat dia sedar yang Laura bagaikan tidak mahu mereka bertegur sapa.

Bukti , setiap kali mereka berselisih tidak sedikit pun Laura menoleh ke arahnya. Ada masa bila dia tiada kerja , sengaja Raiz mengikut Laura dalam diam. Dia pasti itu Laura. Senyuman dia , ketawa dia , wajah masam dia semua sama !

"Bro , dapat cakap dengan dia ke tak ?" Tegur Syafie , rakan baiknya. Raiz menggeleng.

Syafie sudah ketawa mengejek ke arah Raiz. Dia mengambil tempat di tempat Laura tadi. Wajah kecewa Raiz dirakamnya. Manalah tahu nanti bila Raiz dan berbaik dengan girlfriend dia , boleh lah dia tunjuk ni pada girlfriend Raiz.

"Kau ni kan kerja asyik buat video je kan ? Sukalah kau tengok aku macam ni ?" Soal Raiz dengan bengang.

Terangguk-angguk Syafie.

"Ni balasan untuk kau , sape suruh mulut tu tak ada insurans. Memang sesuai lah kena tinggal." Kutuk Syafie dengan selamba pada Raiz. Semua cerita mengenai Laura , Syafie tahu.

"Bukanlah , dia lah yang start dulu. Asyik-asyik tanya fasal bekas pakwe dia tu. Ingat aku tak panas ke ha ?" Balas Raiz.

"Jeles tu lain kali bertempat kalau nak sembur pun." Tegur Syafie.

"So macam mana ni Syaf ?" Soal Raiz.

"Aku dah kata jangan panggil aku Syaf kan mangkuk." Marah Syafie. Apa ingat dia perempuan ke ha !?

"Lek lah , sedap apa panggil Syaf. My baby Syaf." Ejek Raiz. Sengaja dia meniru gaya Riz Amanda , mummy kepada Putra Syafie setiap kali memanggil Syafie

"Diam lah kau , kau pun sama je. Putra sayang.." Balas Syafie , dia turut meniru gaya Puteri Ayreen , ibu kepada Putra Raiz setiap kali memanggil Raiz.

"Dah ada adik kecil pun kau still baby kepada mummy kau kan , Syaf-ie." Sengaja Raiz memanggil Syafie sebegitu.

"Diamlah kau , ni masalah kau dengan Laura tu tak habis lagi nak cari fasal dengan aku pula." Tegur Syafie.

"Syafie macam mana ni ? Kau kena tolong aku !" Desak Raiz apabila teringat akan Laura.

"Macam mana apa . Pujuklah." Balas Syafie dengan malas , dia terus bangun dari duduknya.

"Alah , Syaf. Kau kan tahu aku tak reti pujuk" kata Raiz , dia segera mengejar langkah Syafie.

"Habis bila Ain merajuk kau buat apa selama ni ?" Soal Syafie dengan malas.

"Ain mana pernah merajuk." Balas Raiz.

"Habis tu macam mana kau bercinta dengan Ain ? Takkan tak pernah gaduh ?" Soal Syafie. Raiz menggeleng.

"Itu bercinta ke wey ? Tak pernah gaduh macam mana nak tahu sayang ke tak." Komen Syafie.

"Syaf , aku tak perlu komen kau dalam hubungan aku yang lepas. Ni , macam mana nak pujuk Laura wey ?" Soal Raiz lagi.

"Tundukkan ego kau."

"Kau tengok aku ni ada gaya aku ego ke ha ? Aku dah minta maaf tapi dia langsung tak pandang." Terang Raiz.

Little PrincessWhere stories live. Discover now