Mata Rose Hanina terbuntang luas. Makanan yang dikunyah terberhenti sendiri. Dia memandang wajah Adam yang duduk di hadapannya. Muka Adam nyata bersahaja. Atau dia sebenarnya berdebar ? Atau aku saja yang berdebar.
Berita tentang yang bahawa dia akan berkerja sebagai pengganti PA nya itu singgah di telinganya. Dan berita itu membuatkan dirinya terkejut.
Kunyahan dimulakan perlahan. Air yang berada di sebelah disedut perlahan. Kemudian mata Rose Hanina menatap mata Adam Al-Haffey.
"Saya minta kerja dengan Affef, kenapa tiba-tiba saya kena kerja bawah awak pula ?"
Sudu garfu yang berada di tangan Adam Al-Haffey diletakkan ke dalam pinggan. Mulut yang mungkin sedikit comot dilap perlahan.
"Kan saya cakap, awak gantikan Kak Sal. Lusa Kak Sal dah start cuti. Jadi, lusa awak dah boleh mula kerja."
"Tapi.. saya nak kerja dengan Affef."
Suara Rose Hanina naik satu oktaf. Suaranya itu bercampur jerkahan dan bantahan
Bantahan dari Rose Hanina itu tanpa dia sedari, dia telah melukakan hati Adam Al-Haffey.
Adam Al-Haffey tersentak. Rose nak kerja dengan Affef ? Sebab apa ? Sebab dia suka Affef ? Kenapa Rose ?! Kenapa awak tak nampak dekat mata saya ni yang saya benar-benar cintakan awak ? Apa awak nampak dalam mata saya ni ?!
Adam Al-Haffey mengeluh. Keluhan dari Adam Al-Haffey membuatkan Rose Hanina sedar yang dia sudah meluka kan hati lelaki itu. Dia sedar dia terjerkah Adam Al-Haffey.
Hatinya kini timbul rasa serba salah.
"Rose... kalau awak nak tahu, syarikat Affef tak ada jawatan kosong. Sebab itu, saya cakap awak gantikan Kak Sal, sebab saya nak awak berkerja ikut kelayakan awak."
Suara Adam Al-Haffey tiada lagi kendengaran ceria. Suaranya suram.
"Dan, selama awak berkerja dengan saya, saya akan perhatikan kerja awak. Kalau kerja awak bagus, saya akan kekalkan awak sebagai PA saya, dan Kak Sal saya akan transfer."
Rose Hanina mula sedar sesuatu. Wajah Adam tidak lagi ceria. Wajahnya masam. Dia terasa hati ke ?
"Awak nak kerja dengan Affef kan ? Okay. Saya tunaikan. Awak akan kerja dengan dia apabila melibatkan projek besar dan hal luar pejabat. Kerja dalam pejabat, awak akan berurusan dengan saya."
"Adam.. awak... "
"Tahun ni, memang tengah banyak projek luar. Jadi akan ada banyak masa awak dengan dia."
Adam Al-Haffey memotong ayat Rose Hanina. Entah mengapa hatinya sungguh sakit. Dijerkah hanya kerana ingin berkerja dengan Affef ? Adam.. kau rasa wajar ke kau terasa hati ?
"Dah faham kan ? Dah faham bagus !"
Serentak itu, Adam Al-Haffey mengeluarkan wallet dari poket seluarnya. Duit bernilai 50 ringgit dikeluarkan dan diletakkkan di atas meja.
Rose Hanina tersentak. Dia memandang wajah Adam Al-Haffey yang suram itu.
"Awak nak pergi mana ?" Soal Rose Hanina.
"Saya ada appoinment. Awak boleh balik sendiri kan ? Kalau tak boleh, call Affef."
Adam Al-Haffey bangun dari kerusi dan terus berlalu keluar dari cafe itu. Mata Rose Hanina mengekori langkah Adam Al-Haffey sehinggalah lelaki itu memasuki kereta Honda CR-Z berwarna kelabu itu.
****
Rose Hanina masih diserbu rasa serba salah. Hari ini, pecah rekod Adam langsung tidak whatsapp dia. Telefon pintarnya tidak pernah jauh dari dia.
Apabila ada bunyi mesej masuk, hatinya selalu berharap itu mesej dari Adam Al-Haffey. Tetapi.. harapannya musnah apabila Affef Maliky yang mesej dirinya.
Sofia yang menyedari tingkah laku Rose Hanina yang aneh itu, terus menegur tanpa bersoal apa-apa. Seolah, Sofia tahu apa masalah Rose Hanina.
"Asal dengan Adam ? Dia buat hal ? Atau kau buat hal ?"
Rose Hanina memandang ke arah Sofia. Sofia ni ada belajar ilmu hitam ke apa ? Tak payah cerita apa masalah aku, dah tahu kenapa ? Hebat !
"Ala.. tak ada apa lah. Aku okaylah"
"Okay ? Dah macam ibu kucing mati anak kau tahu ?! Tak reti duk diam. Pantang handphone bunyi, cepat je tengok. Macamlah yang whatsapp kau tu PM ?!"
Rose Hanina diam. Nasib lah cafe tak ramai orang sangat hari ni. Boleh lah duduk rilek kejap.
"Aku terjerkah dia sebab aku seboleh-boleh nak kerja under Affef. Aku rasa dia terasa hati dengan aku kut. Tapi ! Takkan benda macam tu dia nak terasa ? Bukan ke Affef tu kawan dia sendiri."
Sofia menepuk dahi. Tak tahu lah sejak bila Rose ni dungu sangat bab cinta ni. Eh kejap ! Memang patutlah dungu sebab dia mana pernah bercinta. Dari zaman sekolah menengah sampai sekarang, tak pernah bercinta. Walhal ada je lelaki yang sukakan dia.
"Dah tu sekarang kau kerja under siapa ? Affef ke Adam ?" Soal Sofia.
"Dua-dua aku kerja. Affef aku kerja dengan dia bila melibatkan projek besar dan projek luar. Adam cuma melibatkan hal dalam office."
"See ! Adam cuba juga nak penuhi permintaan kau yang katanya kau nak kerja dengan Affef. Dan aku rasa tak pelik pun kalau dia terasa hati sebab dia dah cuba sedaya upaya kut nak tunaikan permintaan kau."
Rose Hanina diam. Apa yang diperkatakan oleh Sofia ada benarnya.
"Yang buat aku makin keliru sekarang ni. Kenapa kau seboleh-boleh nak kerja dengan Affef ? Kau suka Affef ke ? Kau cintakan dia ?"
Rose Hanina terkedu. Cinta ? Cintakah aku dengan Affef ? Sayangkah aku dengan dia ? Atau rasa ini hanya rasa sebagai kawan.
YOU ARE READING
ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)
RomanceRose Hanina anak tunggal Dato Alham tinggal bersama ibu tirinya Puan Sri Ayuni dan adik tirinya Qassandra. Hidup Rose Hanina dilayan seolah dia lah anak tiri , dia lah pembantu rumah. Puan Sri Ayuni dan Qassandra berkomplot untuk mengikis harta Dato...