Rose Hanina duduk disofa bersama telefon pintarnya. Matanya memandang ke arah Adam Al-Haffey yang terbaring di atas katil.
Entah macam mana Adam boleh demam. Kata, Datin Aazeen, Adam akan demam apabila dia terlalu risau atau runsing.
Rose Hanina rasa serba salah. Kerana sebelum Adam pengsan, dia berbual dengan Adam mengenai pernikahan dia dan Adam.
Telefon yang berada di tangan diletakkan ke tepi. Rose bangun dan menuju ke arah katil ditempat Adam baring.
Tuala yang basah didahi Adam, diambil dan dcelupkan ke dalam air suam. Setelah diperah, tuala diletakkan semula di dahi Adam.
Rose Hanina tersentak apabila tangannya dipegang oleh Adam. Matanya bertaut lama..
"Marry me Rose. I'm begging you."
Rose Hanina tersentak. Dia menarik tangannya. Dia duduk memandang lantai.
"Adam.. Awak tak sihat ni, awak rehat ya ? Nak makan ? Saya masakkan bubur ya ?"
"Saya nak awak. Taknak bubur."
"Adam, kan saya cakap beri saya masa ? Saya taknak buat keputusan terburu-buru. Saya tak nak..."
"Awak taknak Affef sakit hati kan ? Sebab awak cintakan dia betul ? Tak apa Rose, kalau betul awak suka dia, pergilah. I'm back off."
Rose Hanina tersentak. Tuala yang berada di dahi, Adam campak ke tepi, kemudian dia menutup seluruh badannya.
Rose Hanina bangun. Dia memandang ke arah tubuh Adam yang sudah berselubung itu. Rose Hanina mengeluh.
"Saya balik dulu Adam. Jaga diri baik-baik. Ubat jangan lupa makan tau."
Setelah itu, Rose Hanina terus keluar dari bilik itu. Pintu ditutup perlahan.
Hatinya seperti menangis apabila Adam mengatakan dirinya mencintai Affef, sedangkan dirinya... amat menyayangi Adam Al-Haffey.
Tetapi... adakah benar keputusan yang bakal aku buat nanti ?
****
Pintu rumah dikuak oleh Rose Hanina. Rindunya dia dengan rumah agamnya itu. Walaupun tinggal sendirian tetapi dia terasa seperti ramai orang di dalam rumah agamnya itu.
Punat lift ditekan oleh Rose, saat pintu lift terbuka, Rose masuk ke dalam lift. Jarinya menekan punat. Dan dengan sekelip mata pintu lift tertutup.
Fikiran Rose masih memikirkan Adam. Dia sendiri buntu dengan siapa sebenarnya dia sayang atau cinta.
Pintu lift terbuka, Rose Hanina terus keluar dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia merebahkan badan di atas katil.
****
"Hujung minggu ni, suruh Rose balik. Papa nak kenalkan dia dengan keluarga bakal suami Qass."
Qass mengangkat muka. Perlu ke ?
"Kenapa kena bagitahu Rose ? Dia bukan anak papa lagi kan ?"
"Kena beritahu, macam mana kalau Rose tergoda Adam ? Qass nak hilang Adam ?"
Qassandra tersentak. Benar ! Dulu aku dengan Rose pernah bergaduh kerana dia rapat dengan Adam, jadi tidak mustahil jika Rose ada perasaan dengan Adam.
Tak ! Adam aku punya ! Tetap aku punya ! Tak ada siapa boleh rampas dia dari aku.. Kalau terpaksa aku akan bunuh siapa yang rampas dia macam mana aku bunuh....
"Tapi bang, macam mana kalau Rose taknak balik ?" Sampuk Puan Sri Ayuni
"Ugut dia sampai dia nak balik. Dia perlu balik. Sebab waktu itu Uda cuti, jadi siapa nak layan tetamu ? Bukan ke Rose tu orang gaji dalam rumah ni ?"
Puan Sri Ayuni dan Qassandra tersenyum. Bagus ! Papa dah mula anggap Rose orang gaji ! Makin senang kerja aku !
"Nanti Ayu telefon dia."
Uda yang mencuri dengar perbualan mereka mengurut dada. Tidak sangka, Dato Alham anggap anaknya begitu sekali.
Uda menitis air mata. Rindunya dia dengan suasana bahagia keluarga itu.
"Ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaran kepada Rose"
YOU ARE READING
ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)
RomanceRose Hanina anak tunggal Dato Alham tinggal bersama ibu tirinya Puan Sri Ayuni dan adik tirinya Qassandra. Hidup Rose Hanina dilayan seolah dia lah anak tiri , dia lah pembantu rumah. Puan Sri Ayuni dan Qassandra berkomplot untuk mengikis harta Dato...