"Di dalam bahagian pelvis, ada stuktur yang dipanggil "Round Ligament." Ligamen ni yang 'memegang' rahim agar berada pada kedudukan yang stabil. Salah satu punca yang menyebabkan rahim 'turun' apabila ligamen ni tidak lagi kuat."
Rose Hanina memandang ke arah Doktor Reen yang berdiri disisi katilnya. Akibat terlalu letih, dan terlalu sakit di bahagian bawah perut, Rose Hanina dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan doktor.
Rose Hanina membetulkan duduknya yang bersandar dikepala katil.
"Jadi, doktor nak bagitahu saya yang rahim saya tak kuat ? Begitu ?" Soal Rose dengan suara yang agak perlahan akibat terlalu banyak hilang tenaga dek kerana menangis tadi.
Mindanya kembali teringat akan pemberitahuan doktor tadi. Papa..mama.. Adam... semuanya dah pergi.. dengan siapa aku nak bergantung ? Anak aku lahir tanpa papa ? Ya Allah.. Dugaan kali ini terlalu berat.
"Apabila kandungan kehamilan bertambah, berat yang harus ditanggung oleh skutur untuk kekalkan posisi rahim telah menyebabkannya menjadi strecth."
Rose diam. Sejujurnya, dia tidak faham satu apa pun yang Doktor Reen sedang bualkan. Bukan sengaja dia tak faham, tetapi kini, mindanya terlalu sarat memikirkan tentang Adam, papa dan mamanya. Dia jadi bingung.
"Dari apa yang awak beritahu, awak rasa tak selesa, rasa sakit seperti dicucuk dikedua-dua belah abdomen bawah. Kesakitan ni awak mula rasakan bila awak bangun dari posisi duduk atau mencangkuk. Betul ?" Soal Doktor Reen.
Laju saja Rose menganggukkan kepala. Bukan kerana dia tak sabar untuk menghabiskan pemeriksaan nya, tapi memang itu kenyataan. Sejak akhir ini, dia memang akan kerap sakit apabila bangun dari posisi yang Doktor Reen terangkan.
"Selain daripada posisi semua tu, sakit tu dapat dirasakan setelah lasak berkerja atau mengemas rumah. Kesakitan begini dinamakan Round Ligament Pain."
Ingatan Rose mula kembali saat hari dimana dia bawa diri daripada Adam. Dia melakukan kerja-kerja rumah di rumah Akira, dia menyapu, mengemop, naik turun tangga, angkat barang yang berat-berat.
Langsung.. langsung tak dengar segala pesanan Adam waktu itu. Tak makan vitamin, makan tak pantang. Semua dia langgar. Kini... Dia menyesal sendiri..
Masa tidak boleh diputarkan semula. Mahu atau tidak, dia terpaksa terima segalanya...
"Tak ada ubat ke doktor ?" Soal Rose.
"Sukar untuk mendignosanya dan tiada ubat yang spesifik untuk kesakitan begini."
Tak ada ubat ? Maka ?
"Jadi saya akan mengalami kesakitan ni sampai lah hari kelahiran ? Macam tu ?" Soal Rose dengan nada mendesak.
"Banyakkan rehat dan berhenti melakukan kerja-kerja berat. Buat masa ni, awak akan dipantau oleh pihak hospital. Saya nak pastikan awak benar-benar sihat baru saya boleh izinkan awak balik."
"Tapi.. hari ni..." ayat Rose tergantung. Doktor Reen menanti.
"Tak ada apalah doktor. Terima kasih."
Doktor Reen mengangguk kan kepala dan senyum, setelah itu dia meminta izin untuk keluar dari bilik wad Rose.
Rose Hanina memandang ke arah pandangan luar. Langit mendung, sama seperti perasaan nya kini. Mendung.. kelam.. tiada langsung cahaya sang mentari..
Air matanya gugur. Serentak itu hujan mula membasahi bumi. Rose memegang perutnya. Diusap perlahan.
"Maafkan mama ya sayang ? Sayang terpaksa lahir tanpa papa ? Tapi sayang.. Mama kan ada ? Mama janji mama akan jaga sayang lebih dari nyawa mama ya ? Mama sayang sangat dekat sayang."
Rintihan nya itu mengetarkan tangkai hatinya sendiri. Dia kembali memandang ke arah pandangan luar. Hujan semakin lebat. Tangisan Rose sama lebat seperti hujan.
Satu per satu kenangan indah berlegar minda. Kenangan bersama Dato Alham , kenangan bersama Puan Sri Ayuni, kenangan bersama Adam Al-Haffey.
Seorang demi seorang pergi meninggalkan dirinya. Seorang demi seorang uji dirinya dengan rindu. Semua yang dia sayang jauh tinggalkan dia.
Tombol pintu yang dipulas dari luar, membuatkan Rose memandang ke arah pintu dengan segera. Entah kenapa waktu itu dia mengharapkan yang masuk ke biliknya ialah Adam, dan saat daun pintu terkuak dan muncul wajah orang lain.. orang lain itu ialah Akira dan Sofia.
Dia semakin sedih. Tangisan nya benar-benar memenuhi ruang biliknya itu. Lantas, Akira dan Sofia menghampiri Rose Hanina. Mereka berdua memeluk erat Rose Hanina.
Terhenjut-henjut badan Rose akibat nangis. Sofia dan Akira meleraikan pelukan. Sofia duduk di birai katil kanan, mana kala Akira duduk dibirai katil kiri. Tangan Rose diambil oleh Sofia dan digenggam, bagai menyalurkan semangat dan tenaga.
"Semua.. semua orang yang aku sayang, pergi.. Aku dah tak ada siapa dekat dunia ni.. tak ada siapa. Sakit sangat.." rintih Rose sambil menepuk dadanya.
"Redha Rose.. redha.. jangan macam ni.. kau kuat kan ?" Pujuk Akira.
Rose menggelengkan kepalanya.
"Aku tak kuat.. aku dah tak kuat.. aku lemah sangat.." ujar Rose.
"Kau kena kuat ! Kau kena teruskan hidup, kesian anak kau Rose." Pujuk Sofia pula.
Rose menyeka air matanya. Pandangan nya diturunkan ke arah perutnya.
"Anak aku lahir tanpa seorang atok, seorang nenek dan seorang papa..."
Akira dan Sofia tersentak. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Mereka seperti sedang merahsiakan sesuatu..
"Rose.. Adam..." ayat Akira tergantung akibat dipotong oleh Rose.
"Adam dah tak ada. Tak ada ! Dia dah tak ada !"
****
Akira dan Sofia duduk makan di kantin hospital. Suasana agak bising dan kantin itu penuh dengan ramai orang.
"Aku kesian kan Rose." Ujar Sofia. Akira menganggukkan kepala tanda setuju. Betul, dugaan Rose terlalu besar dan terlalu berat.
Kehilangan orang yang paling bermakna dan paling terpenting dalam hidup bukan lah satu hal yang semua mampu tanggung dan hadap. Mereka memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk hadap kehilangan itu.
"Aku tak sangka Qassandra sanggup buat macam tu, aku tak faham kenapa dia berdendam sangat dengan Rose." Ujar Sofia lagi dengan nada geram..
"Dia berdendam tentang hal yang remeh bagi kita, tapi besar bagi dia. Dia kurang perhatian, kurang kasih sayang dan dia rasa Rose penyebab segalanya, sebab tu dia berdendam dengan Rose. Hati orang Fia, kita tak boleh baca." Jawab Akira.
Sofia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, dikunyah perlahan sebelum ditelan.
"Aku rasa, kalau Adam tak call kau, kalau Adam tak explain dekat kau sebab kenapa Rose tak datang wedding kau, mesti sekarang kau berdendam dengan dia kan ?" Soalan Akira berjaya membuatkan Sofia tersedak. Terbatuk kecil dia dibuatnya. Air yang berada di sisi disedut rakus. Setelah rasa lega, dia memandang ke arah Akira.
"Kenapa pula aku berdendam dengan Rose ?" Soal Sofia dengan nada tidak berpuas hati.
"Sebab kau rasa, kau tak penting bagi Rose, lepas tu kau marah, kau bengang. Sama macam Qass. Dia rasa dia tak penting dalam keluarga tu, sebab tu dia akan cari orang yang penyebab dia tidak penting. Dan Rose mangsanya."
Sofia tersentak. Apa yang Akira persoalkan itu benar. Sofia pernah menganggap dirinya langsung tidak penting bagi Rose.. segalanya bermula dengan perasaan syaitan ; marah, hasad dengki.
"Cakap pasal Adam.. Rose dia..." ayat Sofia dipotong oleh Akira.
"Biarkan dia dulu. Bagi dia tenang dulu. Aku taknak dia makin stress lepas dengar berita pasal Adam.
YOU ARE READING
ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)
RomanceRose Hanina anak tunggal Dato Alham tinggal bersama ibu tirinya Puan Sri Ayuni dan adik tirinya Qassandra. Hidup Rose Hanina dilayan seolah dia lah anak tiri , dia lah pembantu rumah. Puan Sri Ayuni dan Qassandra berkomplot untuk mengikis harta Dato...