42

5.9K 182 1
                                    

Rose Hanina menunggu seseorang. Dari tadi dia memandang jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir 30 minit tetapi masih tidak munculkan diri. Air yang dipesan sudah setengah cawan. Rose Hanina mengeluh.

  Dia kemudiannya mengangkat tangan memanggil pelayan yang berkerja di restoren itu. Seorang lelaki yang umur mungkin sebaya dengan Rose Hanina menghampiri mejanya dan membawa sebuah buku menu.

  Buku menu itu diberikan kepada Rose Hanina. Helaian demi helaian diselak. Daripada aku tunggu dia lama sangat, baik aku makan dulu. Setidaknya tak adalah lapar sangat kan.

"Saya nak lamb chop set A, and this one."
 
  Jari Rose Hanina menunding ke arah gambar waffle coklat. Pelayan lelaki itu menulis di dalam bukunya dan mengambil semula buku menunya.

  Rose Hanina bosan. Sudah hampir setengah jam menunggu tapi tidak muncul lagi. Rose mengambil earphone dipasangkan ke telefon nya dan disumbatkan earphone ke telinganya.

  Lagu Haqiem Rusli ; Segalanya bermain di gegendang telinganya. Lirik lagu yang paling mendalam maksudnya. Hampir semua lagu-lagu ciptaan Haqiem Rusli menjadi lagu kegemaraannya.

  Rose Hanina merasakan ada seseorang berdiri di hadapannya. Lagu dimatikan. Matanya memandang ke arah tubuh yang berada di hadapannya. Lelaki itu senyum, dan kemudiannya mengambil tempat dihadapan Rose.

"You are late Mr.Affef Maliky."

  Iya. Manusia yang ditunggu oleh Rose Hanina adalah Affef Maliky. Jika di ikutkan rasa benci dan marah, memang dia taknak jumpa Affef. Tetapi apabila Affef mengatakan mungkin ini pertemuan yang terakhir, hati Rose Hanina jadi tidak senang untuk menolak.

"I'm so sorry Rose. Okay my fault. Tapi tadi tiba-tiba je kereta rosak."

"Rosak ? Awak pergi sini naik apa ?"

"Uber. That's why i'm late. Are you mad ?"

"Not really."

  Suasana sepi kembali. Selang beberapa minit, makanan yang dipesan oleh Rose Hanina tiba. Pelayan lelaki itu mengambil pesanan Affef. Setelah pesanan diambil, pelayan lelaki itu beredar.

"Maaflah awak terpaksa tunggu saya lama sangat sampai awak lapar."

"Alaa tak apalah. Bukan saya marah sangat pun. By the way, kenapa awak ajak saya keluar ?"

  Soal Rose Hanina sambil tangannya mengelap garfu dan pisau menggunakan tisu yang berada di sisi.

"Saya minta maaf."

  Rose Hanina tersentak. Dia meletakkan garfu dan pisau ke dalam pinggan. Wajah Affef dipandang. Minta maaf sebab hal hari itu ? Melihat tiada balasan dari Rose Hanina, Affef tutur bicara lagi.

"Saya minta maaf jika selama kita kenal, saya banyakkan sakitkan hati awak, sakitkan fizikal awak, saya layan awak dengan kasar. I'm just scared to lost you Rose."

  Rose Hanina diam lagi. Dia seperti tidak tahu apa yang perlu dijawab. Affef takut kehilangan aku ? Iya.. memang selama ini dia selalu bagitahu aku yang dia cintakan aku, tapi aku tak pernah anggap serius..

"Rose, Perasaan saya terhadap awak hanya perasaan bertepuk sebelah tangan. Saya mula sedar apabila awak mengaku awak cintakan Adam. Pada mulanya memang sakit hati, tapi saya sedar, bukan cinta namanya jika dipaksa."

  Affef memejamkan mata. Mengumpulkan segala kekuatan. Dia perlu yakinkan Rose Hanina yang Adam Al-Haffey benar mencintai dirinya. Walaupun sakit, tetapi perlu diberitahu.

"Saya ego, saya rasa hanya saya sorang yang akan dapat cinta awak. Rupanya, dalam saya cuba curi hati awak, ada hati yang lain yang memendam perasaannya semata ingin lihat saya bahagia. Awak tahu kan siapa orangnya ?"

  Serentak itu difikiran Rose Hanina hanya memikirkan tentang seseorang.

"Adam ? Adam Al-Haffey ?" Soal Rose Hanina.

  Serentak itu Affef menganggukkan kepala dan senyum.

"Dia cintakan awak dari pandangan pertama mata korang bertaut. Sejak hari itu, dia tidak pernah berhenti fikir tentang awak sehinggalah awak tertumpah kan air ke baju dia. Dan sehingga hari ini, saya yakin perasaan dia masih sama terhadap awak."

  Rose Hanina diam. Adam mencintai dirinya ? Jadi bermakna perasaan aku bukanlah perasaan bertepuk sebelah tangan ? Bermakna selama ini kami punyai perasaan antara satu sama lain ?

  Jadi sebab inilah Adam benar benar ingin menikahi aku ? Bukan sebab kerana dia ingin larikan diri Qassandra ?

"Saya tak tahu nak cakap apa..."

"Buat pilihan dengan tepat. Saya jamin awak akan bahagia dengan Adam. Dia bukan seperti saya. Dia layak untuk Rose, dan saya yakin awak layak untuk Adam."

 

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now