35

6K 191 0
                                    

Rose Hanina duduk di meja dapur sendirian. Memang sengaja dia tidak tonjolkan diri. Dari dalam ruang dapur, Rose Hanina cuba mencuri dengar perbualan Datin Aazeen dan Qassandra. Usai makan tengah hari tadi, Qassandra tidak terus pulang. Jadi, Datin Aazeen melayan sahaja kerenah Qassandra.

  Datin Aazeen dan Qassandra yang duduk di ruang makan diperhatikan dalam diam oleh Rose Hanina.

"Bila aunty nak cepatkan majlis Qass dengan Adam ?"

  Rose Hanina tersentak. Apa terdesak sangat minah ni ? Boleh tanya soalan macam tu dekat ibu ?

"Aunty, ada deal dengan Adam. Selagi belum genap 2 bulan, selagi tu, Aunty tak boleh sesuka hati kahwin kan dia dengan Qass."

  Qassandra diam. Rose Hanina tersenyum. Tidak tahu mengapa dia tersenyum, seolah perjanjian itu berada di pihak dirinya.

"Boleh je kan perjanjian karut tu aunty bubarkan. Aunty jangan buat-buat lupa tau ! Papa Qass dah banyak tolong uncle and aunty."

  Rose Hanina tersentak. Tidak menyangka Qassandra akan mengungkit perkara itu ? Sedangkan manusia yang digelar 'papa' itu bukan lah ayah kandungnya sendiri.

  Datin Aazeen terkedu. Dia mengeluh perlahan. Kadang, dia rasa tidak patut meminta pertolongan dari Dato Alham. Tetapi, waktu itu sungguh terdesak. Syarikat mereka hampir bankrup dan tiada satu sen pun simpanan di dalam bank.

"Aunty, akan cakap dengan Adam tentang hal ini. Qassandra jangan risau, hutang budi akan dibalas budi. Qassandra jangan risau ya."

****

Datin Aazeen termenung. Apa yang diperkatakan oleh Qassandra membuatkan dia pening.

  Kerana hutang budi, masa depan anak sulungnya terpaksa diragut tepi. Jika dalam masa terdekat ini tiada lagi calon dari Adam, nampak gayanya, majlis mereka akan berlangsung jua.

"Ibu ? Ibu okay tak ni ? Kenapa termenung malam-malam macam ni ?"

  Datin Aazeen menoleh ke arah Adam. Dia senyum.

"Ibu okay. Mana Rose ? Dah tidur ?"

  Adam mengangguk. Usai memberi ubat kepada Rose, Rose Hanina terus baring dan berehat. Mungkin, Rose sudah lena.

"Adam dah ada calon ?"

  Adam menggelengkan kepala.

"Tadi Qass ada ungkit tentang bantuan papa nya itu. Lagi seminggu genaplah 2 bulan perjanjian kita Adam. Kalau betul Adam memang tiada calon, nampak nya Adam akan menikahi Qass." 

  Adam tersentak. Nikah dengan Qass ? Tak ! Aku tak nak !

"Ibu, Adam mohon sangat-sangat jangan nikahkan Adam dengan Qass. I don't love her."

"I know you don't love her Adam. But, how about our deal ? Ibu dengan baba terlalu terhutang budi dengan Dato Alham."

  Adam Al-Haffey meraupkan wajah. Dia bingung, stress dan macam macam lagi. Ah !! Kenapa disebabkan baba dan Dato Alham aku perlu jadi mangsa keadaan ?! Kenapa mesti aku bukan Raqib ?!

"Ibu, Adam minta maaf. Tolong, beri Adam masa lagi. Adam tak nak buat keputusan yang akan menyesalkan hidup Adam bu.. Adam harap ibu faham."

  Datin Aazeen diam. Dia memandang kosong ke arah laman bunga dihadapannya.

"Dah malam ni, masuklah dalam. Tak elok sejuk-sejuk dekat luar."

  Serentak itu, Adam berlalu masuk. Mindanya memikirkan hal nikah dan Rose ? Kejap ! Kenapa aku fikirkan Rose ? Kakinya mendaki anak tangga dan menuju ke bilik Rose Hanina.

  Daun pintu diketuk berkali-kali. Tiada sahutan. Mungkin Rose Hanina sudah tidur. Adam mengambil keputusan untuk berlalu, namun langkahnya mati apabila pintu di buka dari dalam

  Terpancul wajah Rose Hanina yang masih segar itu.

"Awak tak tidur lagi ? Kenapa ?"

  Rose Hanina menggaru tangan yang sedikit gatal.

"Saya rasa... saya termakan kacang ni..."

  Adam tidak mengerti. Kacang ? Damn ! Rose ada alahan ke ?

Drastik ! Tubuh Rose Hanina ditolak masuk ke bilik. Pintu dikunci. Rose Hanina duduk dibirai katil.

  Adam menghampiri sebuah almari dan laci dibuka. Botol berwarna putih dikeluarkan dan menuju ke arah Rose Hanina.

"Awak makan apa aje hari ni?" Soal Adam dengan nada yang jelas risau.

Rose Hanina diam. Dia mengingat kembali apa yang dia makan hari ni. Rasanya... cuma makan bubur Mcd lepastu balik rumah, makan mee bandung yang ibu buat...

Ding dong ! Mee bandung !

  Rose Hanina memandang wajah Adam lalu tersenyum. Adam seperti dapat meneka senyuman Rose Hanina. Dahi ditepuk.

"Awak makan mee bangung ibu kan ? Kenapa makan kalau tahu ada alahan ?"

"Alaa... mee bandung ibu tu sedaplah. Saya makanlah."

  Penutup botol dibuka. Cecair yang berwarna putih itu berada di lengan Rose Hanina yang sedikit kemerahan. Kemudian, kapas berwarna putih diambil dan disapu oleh Adam.

"Saya tak tahu lah ini kebetulan atau apa, tapi saya pun ada alahan kacang. Sebab tu, saya ada ubat sapu ni."

  Rose Hanina diam. Oh.. ada alahan juga.

"Dekat tangan je ke ? Kaki ? Leher ? Badan ?"

  Rose Hanina tersentak. Takkan mamat ni nak sapu badan aku ? Drastik, botol dan kapas itu diambil oleh Rose Hanina.

"Saya buat sendiri. Awak... boleh keluar lah sekarang."

  Adam tergelak melihat wajah gugup Rose. Rose tersipu malu.

"Baru nak sapukan, dah kena halau. Tak apalah. Saya masuk tidur dulu ya."

  Serentak itu kepala Rose Hanina digosok oleh Adam. Rose Hanina tersentak. Tubuh Adam hilang dari pandangan mata.

  Adam ? Kenapa Adam ?

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now