75

6.1K 142 2
                                    

Kedatangan Rose Hanina dan Adam Al-Haffey disambut oleh Puan Sri Ayuni. Kereta Honda CR-Z milik Adam diletakkan di dalam garaj, segala beg baju dibawa oleh Adam.

Adam dan Rose jalan beriringan menuju ke arah pintu utama rumah agam itu. Wajah Puan Sri Ayuni dari tadi tidak hilang senyuman.

  Sebaik sahaja kaki Rose Hanina melangkah masuk ke dalam rumah agam itu, Dato Alham menyapa mereka berdua.

  Adam menyalam tangan Dato Alham, untuk seketika mata Dato Alham dan Rose Hanina bertaut. Lantas Rose Hanina menyalam tangan papa nya itu.

  Tersentak. Tersentak Rose Hanina dibuatnya apabila Puan Sri Ayuni menghulurkan tangan untuk bersalaman. Rose memandang Adam seketika, serentak itu di salam tangan Puan Sri Ayuni oleh Rose Hanina.

"Uda !! " Pekik Puan Sri Ayuni.

  Uda yang datang dari dapur berlari anak datang ke ruang tamu.

"Bawa kan beg Adam dan Rose."

  Rose Hanina memandang Puan Sri Ayuni. Adakah benar ini makcik Ayu ? Mana perginya suara tinggi nya ? Sikap sombong nya ? Riak nya ? Mana pergi semua itu ?

"Eh tak mama Ayu, beg Adam dan Rose ni berat, kesian Uda. Tak apa, Adam boleh angkat." Ujar Adam.

  Puan Sri Ayuni hanya senyum. Uda terus meminta diri ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

"Rose dengan Adam pergi lah naik rehat. Nanti makan malam dah siap, papa panggil."

  Papa ? Aku salah dengar atau orang dalam rumah ini yang demam ? Tangan Rose Hanina ditarik lembut oleh Adam. Mereka kemudian nya mendaki anak tangga bersama sama. Setiba sahaja di bilik Rose, Adam terpana seketika.

  Dipandang ruang bilik isterinya itu. Penuh dengan warna pastel. Karpet berbulu yang berwarna soft pink, sofa yang berwarna putih. Katil yang bersaiz lebih besar dari queen size, dekorasi koridor yang tenang.

  Beg baju Adam letak di tepi almari dinding Rose Hanina. Ini kali pertama dia memasuki ruang tidur Rose Hanina. Sewaktu hari pernikahannya, bilik tetamu yang jadikan tempat sesi bergambar.

Rose Hanina tidak mengendahkan Adam yang sibuk membelek ruang bilik nya itu. Rose duduk di koridor biliknya, fikiran mula memikirkan tentang perubahan papa dan makcik Ayu.

  Apa sebab sebenarnya papa pelawa aku ni ? Mesti ada sebab lain.. Kenapa makcik Ayu layan aku semacam ? Layan aku.. macam baik sangat. Tak pernah-pernah tunggu aku dekat depan pintu eh tup tup.. tunggu.

  Yang paling seram, suara singa dia hilang ? Mana pergi sikap sombong dia tu ? Papa ! Papa lagi lah.. Dulu bukan main kata aku ni bukan anak dia, siap panggil nama. Hari ni ? Dia panggil diri dia papa ?

  Kepala yang sedikit pening dipicit oleh Rose. Adam mendekati Rose.

"Awak okay tak ? Demam ke ?" Soal Adam dengan nada risau.

"Saya sihat je. Cuma, papa dengan makcik Ayu yang saya tengok macam tak sihat."

  Adam mengambil tempat di hadapan Rose. Dipandang wajah bersih dan licin isterinya itu.

"Kenapa cakap macam tu ? Saya tengok sihat je dia orang berdua tu."

"Awak tak pelik ke ? Makcik Ayu sebelum ni kalau saya balik, dijeling nya saya macam nak telan, hari ni dia tunggu kita datang. Suara dia yang macam singa tu hilang, diganti dengan suara kucing. Papa ! Papa lagi, selama ni awak tahu kan saya panggil dia 'Dato', tadi dia gelarkan diri dia papa. Awak tak rasa benda ni pelik ke ?"

  Habis panjang lebar diterangkan Rose. Adam cuba menghadam satu per satu. Benar, kelakuan mertua nya hari ni memang pelik. Seperti ada sesuatu yang tak kena. Tapi mana tahu mungkin mereka dah sedar dari kesilapan ?

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now